Berikutan dengan isu dan kontroversi terhadap pendakwah selebriti yang memegang gelaran Da’i, Pencetus Ummah (PU) dan Imam Muda atau pendakwah, ustaz serta agamawan, ia telah mencalarkan nama baik pendakwah lain dan dipandang serong oleh masyarakat.
Susulan itu, Timbalan Pengarah (Akademik dan Pentadbiran), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Ahmad Sanusi Azmi berpendapat bahawa seseorang yang memegang gelaran itu memainkan peranan penting untuk menjaga reputasi mereka bagi mengelakkan dilabel penunggang agama.
‘Menggunakan’ agama setelah meraih kepercayaan & populariti
Katanya, isu penunggang agama ini akan memberikan impak kepada Islam kerana ia dianggap fitn4h baharu dalam agama.
Disebabkan ada populariti dan kepercayaan masyarakat, mereka ambil kesempatan untuk guna nama agama dan menjadi penyebab timbulnya sikap tidak ikhlas dalam menyampaikan dakwah.
“Seperti mana dalam sebuah hadis, Rasulullah pernah membayangkan tentang kemunculan golongan pendakwah yang menyeru manusia ke pintu neraka. Mereka mengajak manusia melakukan kejahatan yang bercanggah dengan ajaran Rasulullah.”
“Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah ketika ditanya oleh Saidina Huzaifah. Huzaifah bertanya tentang apakah perkara yang lebih buruk daripada kaum yang tidak mengamalkan sunnah Rasulullah. Lalu Rasulullah menjawab, “Pendakwah di pintu neraka jahanam. Barang siapa yang menyahut panggilan mereka, mereka akan mencampaknya ke dalam neraka.” (HR al-Bukhari),” katanya.
6 bulan tak mampu lahirkan seorang pendakwah menerusi program realiti
Dalam pada itu, beliau juga bimbang apabila wujudnya golongan pendakwah yang menyeru kepada kebatilan, kerosakan isu akidah dan pemikiran liberal malahan wujud golongan yang menggunakan agama sebagai topeng melakukan maksiat.
Ia berikutan dengan isu yang menimpa seorang pendakwah selebriti yang terpalit dengan kontroversi beberapa dakwaan kes rogol.
Mengulas tentang program-program realiti dakwah, Dr Ahmad Sanusi menjelaskan bahawa penganjuran program itu perlu dikaji semula kerana memberi kesan positif dan negatif.
Pengisian program yang dianjurkan dalam tempoh singkat, selama enam bulan tidak mampu melahirkan seorang pendakwah jika dibandingkan dengan individu yang menuntut ilmu bertahun-tahun di sesebuah universiti.”
Perincian juga perlu diberikan kepada kriteria calon adakah mereka benar-benar layak, setanding untuk menjadi seorang pendakwah yang disegani masyarakat, bukan sekadar popular tetapi mempunyai ‘isi’, akhlak yang boleh dijadikan ‘role model’ kepada orang ramai.”
Walaubagaimanapun, beliau tidak nafikan bukan semua pendakwah yang lahir daripada program realiti itu tidak bagus, namun nama mereka juga turut terkena tempias apabila rakan seperjuangan yang lain terlibat dalam satu kontroversi.
“Jangan disebabkan dia seorang pendakwah, kita pun sahut”
Namun begitu, beliau juga menegaskan bahwa, golongan pendakwah juga adalah manusia yang boleh melakukan kesilapan.
“Cuma saya nak pesan kepada orang ramai khususnya kaum wanita untuk lebih berhati-hati dengan sesiapa jua. Jangan mudah percaya.Jangan kerana dia seorang pendakwah, memiliki populariti, terkenal dan mengajak melakukan kejahatan yang bercanggah dengan ajaran Islam, kita pun ikut, sahut.”
Malah katanya lagi, seseorangt itu pun sepatutnya boleh fikir secara rasional dan boleh menolak dengan cara baik.
“Kita boleh fikir rasional perkara itu dan menolak secara baik. Kalau sudah berdua waktu pagi, kopiah pun boleh jatuh,” katanya kepada Sinar Harian.
Hentikan program realiti yang c3markan dunia dakwah – Ustaz Husam
PENCERAMAH, Ahmad Husam Baderudin menyarankan program realiti mencari pendakwah dihentikan susulan kes membabitkan bekas peserta program berkenaan.
Beliau berkata, masalah membabitkan segelintir bekas peserta itu menyebabkan dunia dakwah terc3mar.
“Bagi saya dalam program realiti tv ini melahirkan ‘ustaz mee segera’ .. saya tak kata semua.
“Ada dalam kalangan mereka yang alim.. saya akui cuma segelintir inilah ‘mee segera’ yang kita tak tahu latar belakang mereka akhirnya mereka dianggap sebagai pendakwah.
“Yang kemudiannya mereka ini lakukan perkara tidak baik. Bagi saya program seperti ini perlu dihentikan,” katanya kepada Malaysiapost.
Ahmad Husam berkata, dalam melahirkan pendakwah bukannya menerusi program televisyen sebaliknya menerusi bimbangan alim ulamak.
“Ianya di pondok, pusat pengajian bukan di program realiti. Saya bukan hentam semua tetapi segelintir yang bermasalah lahir dari program realiti ini,” katanya.
Sebelum ini dilaporkan, seorang selebriti dari program realiti berbentuk keagamaan direman atas tujuh laporan polis berkaitan kes rogol dan cabul, dipercayai menggunakan kedudukannya sebagai da’i untuk memperd4yakan mngsa