KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kini diperluaskan ke tujuh lagi negeri kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan selama empat minggu hingga 6 Disember ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, berkata atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) pelaksanaan PKPB di seluruh negeri bagi membolehkan saringan bersasar untuk mengekang pandemik COVID-19.
“Sidang khas hari ini mendengar pembentangan KKM berhubung peningkatan kes positif COVID-19 di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.
“PKPB ini dilaksanakan selama empat minggu bermula 9 November hingga 6 Disember ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Sumber Berita Harian