Memiliki pasangan setia merupakan idaman bagi setiap insan. Mana tidaknya, kesetiaan adalah perkara yang paling utama dalam mengekalkan kebahagiaan dalam hubungan.Mungkin bagi sesetengah individu, menjadi pasangan setia dan jujur adalah sesuatu yang sukar untuk membuktikannya.
Baru-baru ini, tular satu video dimana seorang wanita yang dikenali sebagai Memku, menyerang teman lelaki dan adiknya sendiri. Teman lelakinya menipu dan berlaku tidak jujur dengan Memku. Teman lelakinya dan adik kandung Memku rupanya ada hubungan. Memku dapat menghidu perkara ini kerana perasaan curiga timbul setiap kali teman lelaki dan adiknya berjumpa.
“Kejadian ni berlaku kelmarin, semalam memku berfikir pada asal nye memku tak nak up video ni tp bia la semua tahu yg laki ni sweet dgn smua org termasuk la dgn adik memku sndri. mmg akn menjejaskn nama memku terhadap follower tp ni lah realiti.
Aku dh lama bau hbungan korang ..aku dh dpat agak stiap kali aku ajak kluar kau nk ikut aku and then si jantan plak beria ria nk adik aku ikot skali .. utk kali ni aku sendiri yg kantoikn korg, katanya si jantan ni ade family dinner sdangkn aku ajak dia temankn aku keluar makan.Bukan nk bukak aib sesapa cuma peringatan utk org kt lua sana kena peka dlm stiap hubungan yg korg bina. jgn mudah percaya dgn ape yg korg nmpk.kemungkinan memku akn berehat dan tidak brsiaran sementara.”
Memku sudah tidak tahan dan buat video kantoikan perkara ini. Tujuan dia siarkan video ini untuk memberi peringatan kepada semua orang supaya lebih peka dalam hubungan dan jangan mudah percaya.
Kredit: FB Nurda Nb