Mistik Tempatan Viral

Dengar bunyi muzic. Aku tengok ke arah pintu. Tiba2 pintu tertutup sendiri seperti di tarik. Aku terus rasa pelik.

Jarum jam sudah menghampiri angka 6, sebentar lagi kelas Puan J tamat. Sesekali aku melemparkan pandangan ke luar tingkap, langit mulai gelap.

Entah kenapa petang itu hati aku rasa macam sesuatu, macam tak best. Aku cepat-cepat fikirkan benda lain, mungkin perasaan aku saja.

“Okay kelas dismiss. Jangan lupa next week our preview assessment.” pesan Puan J sebelum melangkah keluar dari kelas.

Aku mengemas barang-barang aku yang berselerak di atas meja. Sementara itu Effy, Mona dan Eira sedang berborak, ada la planning dorang nak ke mana-mana.

Aku hanya mendengar hujung-hujung perbualan mereka sahaja sambil menyimpan semua barang-barang aku ke dalam beg. Manakala Memey, Nour, Ila dan Ma, “Hey mok, cepat la kemas tu.

Hanya beberapa k***t pelajar je yang masih tinggal. Aku sedikit pelik dengan situasi hari ini. Selalunya waktu macam ni ramai lagi yang akan lepak di foyer.

“Pelik foyer takde orang sangat. Mak baru nak catwalk.” Luah Effy sambil buat aksi catwalk ala-ala Tyra Banks itu. Sudah menjadi kebiasaan kami melihat telatah Effy kadang-kadang lucu kadang-kadang hambar itu.

“Yela kan. Ke sebab hari nak hujan ramai yang blah awal.” Celah Eira.

“Maybe la kot. Better kita pun blah. Lebat ni hujan nanti.” Ujar Mona pula. Sesekali kilat memancar hebat guruh mengaum garang.

“Alamak kertas aku tertinggal kat bawah. Jap la aku pi amik.” Aku terus berlari turun ke kelas aku tadi.

“Berani pulak si mok tu. Gelap kot bawah tu. Dengan hari nak hujan lagi.” Ujar Memey.

“Ha’ah ler. Korang dua patut teman Mok tu. Ni dia gi sorang-sorang.” Usul Nour sambil mencubit lengan Effy Mona.

“Eee sakit la pondan. Cubit Mak pulak. Ingat badan Mak ni batang pisang.” Effy mengosok lengannya.

“Ala dia yang tak ajak kami. Bukan kami taknak pi. Tapi kalau pi pun kami takut la, bawah tu gelap. Cakap kat orang pandai yang hang taknak pi pasaipa. Kalut sangat aih.” Bebel Mona pada Nour macam Mami mai dari Pulau Pinang.

Tercungap-cungap aku di hadapan pintu kelas. Aku menolak daun pintu, Pang! kilat memanah. Mannequins yang tersusun di dalam kelas seakan memandang aku. Kalau menatang ni bergerak memang aku jadi Usain Bolt. Boleh pulak nak pandang-pandang aku. Gumam aku dalam hati.

Aku cepat-cepat ke meja tempat aku duduk tadi lalu mengambil drawing pad aku itu. Aku baru berpusing ke arah pintu…tiba-tiba pintu tertutup sendiri seperti di tarik oleh seseorang daripada luar. Aku dah cuak, peluh dingin mula mengalir di dahi aku.

Aku cuba menarik pintu untuk membukanya tetapi tak berjaya. Ya ALLAH beratnya pintu ni. Aku cuba lagi namun gagal. Sempat aku menoleh ke arah mannequins, makin laju jantung aku berdegup. Ya ALLAH lindungi lah hamba Mu ini Ya ALLAH.

Tiba-tiba aku terdengar macam ada orang main saxsafon. Sayup kedengaran dari hujung laluan kelas aku berhampiran tandas. Sedap wei dia main, lagu Jangan Tinggal Daku. Aku terus teringat cerita P.Ramlee.

Dalam beberapa saat aku terpukau dek alunan lagu tu, sayu dan seram. Aku rentap sepenuh tenaga pintu tadi, takut punya pasal. Aku berjaya.
Aku keluar dari kelas namun sempat aku berhenti dan melihat ke arah bunyi lagu itu datang. Semakin jelas dan kuat. Aku ni jenis bukan la berani sangat tapi aku bukan penakut. Aku cuma nak pastikan mungkin ada orang kot tengah main saxsafon atau sebaliknya. Tuttt tuttt bunyi nada pesanan ringkas telefon aku.

“Mok lamanya ko amik drawing pad ko. Cepat sikit nak gerak dah ni,” desak Effy.

“Okay aku otw Naik dah ni.” Klik send. Aku cepat-cepat naik ke foyer. Aku menarik nafas dalam- dalam lalu aku lepas perlahan. Syukur nasib baik takde apa yang jadi kat aku tadi.

Aku melambai-lambaikan tangan aku sebaik ternampak kawan-kawan aku di foyer. Kejadian tadi tetap menjadi misteri bagi aku dan setiap kali aku terdengar lagu ni mesti aku teringat. Sedih dan seram.

Jangan tinggal daku,
Oh adik, oh juwita,
Kanda sedang rindu,
Pada mu yang manis jelita…

Terima kasih sudi baca kisah pengalaman misteri aku ni. Mungkin kalau pembaca-pembaca baca tak seram sangat aku minta maaf. Apa-apa pun salam perkenalan dari aku. Mok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *