Kisah Rakyat Tempatan Tips Viral

Perunding keewangan ini minta semua pihak berhenti debat pasal wang KWSP

BOLEHKAH KELUARKAN RM10,000 DUIT KWSP?

Sahabat sekalian, berhentilah berdebat tentang ‘keluarkan duit’ yang ada ini.

1. Asas tabungan KWSP untuk persaraan kita. Ya digunakan untuk kita bersara bukan sebagai dana kecemasan kita.

2. Jika kita memang diperhentikan kerja dan gaji dipotong sehingga 40% saya setuju untuk pengeluaran RM10,000 ini.

3. Ketahuilah juga bahawa 70% pencarum KWSP hanya ada sekitar RM50,000 sahaja. Jika RM10,000 dah keluar banyak mana tinggal lagi?.

4. “Alah nanti tak sempat merasa duit sendiri kalau tak guna”.

Bagaimana kalau dah bersara hidup sampai 80 tahun dan tiada dana persaraan?

“Alah anak cucu aku ada, takkan depa nak jadi anak derhaka?” Kita mula kudakan anak sebagai mesin persaraan kita. Adilkah kita?

5. Usia purata rakyat malaysia bagi lelaki adalah 74 tahun dan wanita 77 tahun. Berapa simpanan yang cukup untuk kita bersara nanti? Jika bersara usia 55 tahun dan kita hidup hingga 74 tahun. Dengan dana RM50,000 kita hanya boleh belanja RM219 sebulan sahaja!

6. “Dapat RM10,000 nie bolehlah beli emas, masuk Unit Amanah, Beli Saham, Simpan dalam ASB, Beli hartanah”.

Percayalah kawalan kewangan kita masih sangat lemah. Apatah lagi jika kita orang yang tiada Dana Kecemasan selama ini. Bermakna kita orang yang gagal urus wang dengan bijak. Bagaimana nak urus RM10,000 nanti?

7. Dana KWSP adalah dana persaraan, jika kita gunakan untuk apa apa sahaja pelaburan. Ia akan datang bersama RISIKOnya. Kenyataan bahawa hanya minoriti sahaja yang keluar dana KWSP dapat pulangan lebih 6% setahun selepas melabur dalam Unit Amanah.

8. Struktur kembali hutang yang ada, jual apa sahaja liabiliti dan buat pengurusan hutang dengan betul sebelum buat keputusan nak keluarkan RM10,000 yang ada. Apakah dengan duit sahaja boleh selesaikan masalah duit?

9. Cadangan ahli politik selalunya bersifat ‘popular dan indah diatas kertas’. Masih ingat cadangan penghapuskan hutang PTPTN yang berakhir dengan semua disenarai hitam untuk beli rumah dan kenderaan.

Cadangan pemansuhan tol yang akhirnya jadi bahan jenaka sahaja. Ada banyak cadangan ‘popular’ waktu pandemik begini.

Bila susah, kita tanggung sendiri. Ahli politik ada bot peribadi dan mewah sampai kini.

10. Lebih baik sambung moratorium dari keluarkan dana persaraan.

Bank bank masih catat keuntungan baru baru ini walaupun dah 6 bulan kita tak bayar hutang mereka.

Sahabat yang mulia,

Jadilah rasional, dengan simpanan kita. Belajar hargai simpanan yang ada, jangan teruja dengan duit tabungan kita.

Jika I-lestari dimanfaatkan RM500 sebulan, kita masih boleh ada makanan atas meja kita setiap malam.

Azizul Azli Ahmad
Jaga Baik Baik Simpanan Yang Ada.

#Ambil Jika Benar Benar Perlu.

Berikut reaksi dari netizan yang berpandangan jauh

“Lebih baik sambung moratorium dari keluarkan dana persaraan.Bank bank masih catat keuntungan baru baru ini walaupun dah 6 bulan kita tak bayar hutang mereka.#SambungMoratorium sajalah

” Jika selama ini kita lemah urus duit, bayangksn nk jaga rm10,000 bukan mudah

” Setuju yang dikatakan..Alhamdulilah diusia muda 23 ni ada aset barangan kemas..dan juga simpanan kecemasan.. walaupun pernah diketawakan dan dikata kawan duit gaji tak beli kasut ke makeup ke.. ada hikmah semuanya.. doakan saya ada rezeki dapat beli sebuah rumah pula satu hari nanti dan kerja yang lebih baik..

Dalam pada itu, Najib Razak masih mempertahankan hujah beliau dan memuat naik satu lagi posting mengenai pengeluaran wang dari KWSP

“Saya tak setuju dengan dua alasan ini” Najib

“Alasan pertama ialah KWSP kekurangan dana besar jika pengeluaran akaun 1 dibenarkan.

” Seperti apa yang saya tulis pagi ini, jumlah pencarum yang ingin memohon untuk skim akaun 1 ini dijangka sekitar jumlah pencarum yang diluluskan untuk skim i-Lestari iaitu 4.57 juta pencarum.

” Maka, jumlah dana maxima yang diperlukan jika setiap 4.57 juta pencarum dibenarkan untuk mengeluarkan RM10,000 adalah RM45.7 bilion.

” Itupun jika semua mahu atau layak untuk mengeluarkan sebanyak RM10,000. Ada yang mungkin mahu jumlah lebih kecil untuk keperluan terdesak.

” RM45.7 bilion ini cuma 4.9% daripada jumlah aset RM929.64 billion KWSP pada 30 Jun 2020.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157457348090952

” Alasan kedua ialah pengeluaran dari akaun 1 akan hakis masa depan pencarum.

“Perlu kita faham bahawa apa yang dikeluarkan pada masa ini tidak bermaksud kita tidak berpeluang untuk pulihkan pada masa depan.

” Ianya boleh dilakukan dengan dua cara:

CARA 1: Naikkan semula kadar caruman statutori bulanan majikan dan pekerja pada masa depan apabila ekonomi memulih selepas krisis Covid berlalu.

Kadar caruman ini sering diturunkan pada masa ekonomi perlukan suntikan. Ini juga dilaksanakan pada bulan Februari tahun ini apabila kadar caruman statutori pekerja diturunkan dari 11% ke 7%.

Mereka yang mengeluarkan wang dari akaun 1 dan akaun 2 (melalui skim i-Lestari) boleh dinaikkan kadar caruman ini selepas ekonomi bertambah baik agar mereka boleh memulihkan simpanan usia tua mereka dalam KWSP.

CARA 2: Kerajaan ada tanggungjawab untuk membuka peluang untuk KWSP menjana lebih keuntungan untuk ahli-ahli melalui projek-projek lebih lumayan seperti apa yang dilaksanakan kerajaan BN pada masa saya PM.

Saya beri beberapa contoh:

a) Projek Kwasa Damansara.

Menteri PH yang paling banyak minum sawit pernah tuduh saya jahat kononnya saya merugikan Lembaga Getah Malaysia sebanyak RM800 juta sebab kerajaan BN jual tanah sebanyak 2,800 ekar tanpa tender kepada KWSP dengan harga RM2.28b pada tahun 2012.
https://www.nst.com.my/news/nation/2019/01/446662/najib-hits-back-teresa-kok-mrbs-sg-buloh-land-sale

Masa itu, ramai developer (termasuk beberapa kawan baik Atok) yang lobi saya jual tanah yang lokasinya amat strategik kepada mereka tapi saya tegas untuk jual direct kepada KWSP.

Lalu kita bina dua stesen MRT atas tanah ini untuk naikkan lagi nilai tanah KWSP tersebut.

Akibatnya, KWSP memiliki projek dengan nilai pembangunan RM50 bilion yang kini dikenali sebagai Kwasa Damansara.

Saya pun tanya Teresa apa salah jual terus kepada KWSP untuk memanfaatkan pencarum. Dia pun tak jawab.

b) Projek Battersea United Kingdom.

KWSP juga diberi peluang untuk memilik kepentingan 20% dalam projek £9 billion (RM48 bilion) yang merupakan antara projek paling lumayan di negara England.

“Interest in Battersea Power Station project spikes 300% on Brexit”

Interest in Battersea Power Station project spikes 300% on Brexit

c) Lebuhraya PLUS.

KWSP juga diberi peluang untuk memilik 49% kepentingan dalam syarikat Lebuhraya PLUS manakala 51% dimilik Khazanah Nasional.

Bukan itu sahaja, kerajaan BN juga membayar pampasan tahunan kepada PLUS tiap-tiap tahun supaya kadar tol lebuhraya-lebuhraya milik PLUS tidak dinaikkan sepanjang tempoh saya PM.

Lalu Guan Eng masuk untuk gandakan baki konsesi tol PLUS daripada 18 tahun ke 38 tahun lagi dengan syarat kerajaan tak bayar pampasan lagi.

Dengan amat bangga, Guan Eng pun umum:

“Januari 17, 2020: Kerajaan jimat RM42 bilion, tidak perlu bayar pampasan pada PLUS”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/647515/kerajaan-jimat-rm42-bilion-tidak-perlu-bayar-pampasan-pada-plus

Jimat apa? Yang tak dibayar itu adalah RM21 bilion (49% daripada RM42 bilion) kepada KWSP.

KWSP yang kehilangan peluang menjana RM21 bilion.

Bila saya tanya Guan Eng, dia kata pulak pencarum KWSP lebih rela untuk dapat dividen lebih rendah jika mereka diberi diskaun tol 18%.

Tapi bila saya tanya bagaimana pula dengan pencarum-pencarum KWSP dari pantai timur semenanjung, Sabah dan Sarawak yang langsung tak guna lebuhraya PLUS tetapi dividen KWSP mereka terjejas juga, dia membisu pulak.

Hatta, dia tuduh saya hanya mahu jaga kroni. Dan saya jawab, ya. KWSP dan pencarum-pencarumnya memang kroni saya.

“Najib ticks off Guan Eng over EPF and ‘cronies’”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/01/20/najib-ticks-off-guan-eng-over-epf-and-cronies/

Ramai lagi contoh-contoh projek yang diberi kepada KWSP atau syarikat milik KWSP seperti projek pembangunan semula Stadium Bukit Jalil, Lebuhraya EDL Johor, LRT3 dan sebagainya dalam tempoh saya PM.

Hakikatnya, dividen KWSP masa saya PM adalah antara tertinggi sejak 20 tahun lalu.

“Feb 2018: Pergh! Dividen tertinggi dalam 20 tahun”
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/02/311757/pergh-dividen-tertinggi-dalam-20-tahun

Sebab itu, saya tak bimbang pencarum-pencarum keluarkan duit sekarang pada masa paling terdesak sebab saya tahu kerajaan boleh bantu memulihkan simpanan KWSP jika berniat untuk jaga kroni saya iaitu Rakyat.

Terpulanglah kepada kerajaan PN jika mereka mahu benarkan pengeluaran dari akaun 1 untuk pencarum paling terdesak.

“Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.” ujar Najib lagi

71 peratus pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang RM50,000

KUALA LUMPUR: 71 peratus daripada ahli aktif dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam simpanan mereka.

Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias berkata, berdasarkan kajian itu bermakna mereka hanya mempunyai RM208 sebulan jika mengambil kira 20 tahun kehidupan selepas bersara.

Tambah beliau, melihatkan jumlah tersebut, wang simpanan mereka sebenarnya tidak mencukupi untuk menjalani kehidupan yang selesa selepas tidak lagi bekerja.

“Secara purata dalam Akaun 1, ahli kita mempunyai sebanyak RM47,000 dalam Akaun 1. Kebanyakan daripada ahli yang kurang daripada 30 tahun, ahli yang muda, secara purata mereka mempunyai hanya RM10,000 dalam Akaun 1.

“Itu bukanlah jumlah yang banyak, kalau kita campur dengan Akaun 2, ahli kita mempunyai RM13,000 dalam Akaun 2 dan bagi mereka yang bawah 30 tahun,hanya mempunyai RM4,000 dalam Akaun 2.

“Jadi simpanan mereka tidaklah begitu banyak,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Astro AWANI pada Sabtu.

Dalam pada itu, satu lagi statistik membimbangkan ialah hanya satu daripada tiga pencarum mampu mencapai simpanan asas berjumlah RM240,000 ketika bersara.

“Daripada itu, selepas mereka bersara dan mengeluarkan duit daripada KWSP, satu daripada dua ahli KWSP akan menghauskan simpanan mereka dalam masa lima tahun.

“Di Malaysia, sebagai anggaran, jangka hayat kita 75 tahun. Jadi kalau kita keluarkan duit pada 55 tahun, dan hauskan duit sebelum mereka sampai umur 60 tahun, jadi mereka mempunyai, sebagai anggaran, 15 tahun lagi untuk jangka umur mereka untuk tempuhi,” ujarnya.

Isnin lalu, Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kerajaan mempertimbangkan lagi cadangan pengeluaran wang daripada Akaun 1 KWSP.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata kerajaan boleh membenarkan pengeluaran duit dengan mengehadkan secara one-off sehingga RM10,000 daripada akaun tersebut.
Begitupun, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat menegaskan Akaun 1 KWSP adalah untuk simpanan masa depan.

Menurutnya, sekiranya kerajaan membenarkan pengeluaran sehingga RM10,000 buat masa ini, ia akan memberi masalah lebih besar kepada pencarum pada masa akan datang

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

1 thought on “Perunding keewangan ini minta semua pihak berhenti debat pasal wang KWSP”

  1. kite sedia maklum yg kehidupan kite susah ni ya lah sekarang bukan 15-20 thn dpn.. jd yg kite hadap ni skrng bukan masa dpn.. masa dpn xde sape pun tahu.. klu skrng dh susah mcm mana nk hadap masa dpn.. kerajaan patut ambil kire cadangan dato sri najib tu.. rakyat tengah susah skrng ni.. ko fhm x skrng ni yg tengah susah bukan x nk PK pasal masa dpn.. tp cuba fhm klu skrng ni hidup dgn kepayahan itu ini serba kekurangan jd apa salah nya ambik sebahagia kecil duit kwsp tu utk kegunaan pd masa skrng yg tengah susah ni.. dh klu skrng susah mkn minum bil itu ini xdpt nk bayar mcm mana nk idup utk tunggu masa dpn tu.. PK2 kan lah rakyat susah skrng ni bukan masa dpn.. lps kan yg dpn mata ni dulu.. besok lusa bulan dpn lain tahun tu cerite kemudian hari xde sape pun tahu..#rakyatsusuahskrng
    jgn sibuk cerite masa don klu yg skrng ni pun x tertanggung..yg bnyk hatte n duit boleh lah yg mcm kami ni kais pg mkn pg..mcm man..ko org sibuk cerite masa dpn..puikkkkk..otak mana otak..??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *