Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang diadakan bersempena hari kelahiran baginda Rasulullah SAW pada 12 Rabiulawal.
Amalan sambutan ini bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Salah satu tanda sesorang itu menyayangi Rasulullah SAW adalah dirinya merasa gembira dengan kelahiran baginda, serta berbangga dengan apa yang dibawa oleh baginda.
Mengambil kira hari penting ini, selebriti terkenal negara, Neelofa telah mengambil inisiatif dengan mengadakan satu siaran langsung melalui Instagram Pertubuhan Kasih Neelofa.
Perkongsian lebih kurang satu jam itu padat dengan pengisian yang boleh diambil pengajaran, antaranya:-
Peringatan untuk menghidupkan sunnah Rasulullah.
Maksud sunnah iaitu percakapan, perbuatan, dan perkara yang dibenarkan oleh Rasulullah.
Memulakan pagi dengan menyebut serta memuji Allah.
Wanita boleh memilih mana-mana pintu syurga dengan 4 syarat.
Dunia ini adalah perhisan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.
Acara live tersebut ditonton kira-kira 30,000 penonton secara dalam talian.
Rata-rata komen yang ditinggalkan ketika sesi live itu berterima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat, serta memuji kefahaman ilmu yang dimiliki Neelofa.
Min juga ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul, dan sama-sama kita menghidupkan kembali sunnah-sunnah baginda Rasulullah SAW.
KOMEN NETIZEN :
l2k
Neelofa jelaskan hubungan dengan Pu Rizz
KUALA LUMPUR: Selebriti popular, Neelofa, 31, menafikan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 25.
Sebelum ini, tanda tanya mula tercetus apabila kakaknya, Noor Nabila Mohd Noor memuat naik foto Neelofa dan PU Riz berpakaian sedondon pada majlis perkahwinan adik Neelofa, baru-baru ini.
“Tiada apa-apa hubungan istimewa. Jika ada, saya akan beritahu dengan siapa saya berkawan,” jawab Neelofa ringkas berhubung spekulasi menjalinkan hubungan cinta dengan bekas peserta program realiti, Pencetus Ummah itu.
Neelofa berkata, dia tidak akan menyembunyikan siapa pilihan hatinya, sekali gus pastinya berkongsi hari bahagia sekiranya sudah tiba jodoh.
Kenapa Neelofa Pilih Pu Rizz
“Saya pilih dia sebab nak ada seseorang yang ada platform dalam bidang seni dan boleh menjadi jurucakap supaya tiada yang salah faham memandangkan saya tiada latar belakang ilmu agama yang luas” iajar Neelofa
“Saya akan kongsi dengan siapa sahaja saya pilih dan akan berkahwin. Bagaimanapun, saya menafikan bercinta dengan PU Riz.
“Saya kenal PU Riz sejak tiga tahun. Kami sudah lama bekerjasama daripada program 99 Names, majlis buka puasa dan terawih di rumah hinggalah aktiviti berkaitan dengan Pertubuhan Kasih Neelofa. Bukan sahaja rapat dengan saya, malah PU Riz juga berkawan dengan kebanyakan ahli keluarga saya.
“Jadi, hubungan kami lebih daripada soal kerja kerana dia juga berkawan dengan ahli keluarga saya. Disebabkan itu, PU Riz dijemput hadir ke majlis perkahwinan adik saya.
“Pasangan pengantin, Aqief dan Aqief yang menjemput PU Riz, bukan saya. Jadi, tentulah anda semua melihat PU Riz pada majlis berkenaan bersama keluarga saya. Ini disebabkan hubungan baik ini,” katanya kepada BH Online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : HOTFM