Semalam Bekas perdana menteri Najib Razak menyangkal dakwaan bahawa dia mahu membawa Umno ke arah kerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Dalam satu hantaran Facebook hari ini, Najib berkata kerjasama dengan Anwar, dengan syarat tidak melibatkan DAP, hanya satu daripada beberapa cadangan yang dibawanya.
Selepas terima kecaman dari pelbagai pihak sehingga gambar lama beliau bersama Anwar di kongsi kembali, berikut luahan hati Najib
“Saya lihat ada yang kongsi gambar lama saya lawat orang di hospital. Kata saya BFF ini, best friend itu.
” Macam ini lah.
Sepanjang karier politik saya, saya tidak lah suka bermusuh dengan sesiapa.
Ya benar. Kita berbeza pendapat. Kita berbeza ideologi. Kita berbeza fahaman politik.
Tetapi bagi saya ini cuma perbezaan di antara kita yang tidak cukup untuk bermusuhan.
Kerana bagi saya, niat kita itu penting.
Saya percaya kita semua mahukan yang terbaik untuk rakyat pada masa itu.
Oleh sebab itu dahulu ketika saya bermula karier sebagai MB Pahang sehinggalah ke Perdana Menteri, pintu pejabat, pintu rumah dan pintu hati saya sentiasa terbuka kepada dua pihak.
Satu kepada rakyat.
Satu kepada mana-mana pemimpin yang mahukan terbaik untuk rakyat.
Saya menganggap dan melayan semua sebagai sahabat saya.
Di mana ada keperluan dan permintaan, saya gunakan segala sumber dan jentera yang ada untuk bantu.
Kita bertarung dari segi dasar dan pentadbiran, dan tidak sesekali secara peribadi (kecuali yang dalam gambar terakhir itu amat bersifat peribadi politiknya dan dia suka gaduh dengan semua orang kecuali dirinya).
Kita saling hormat-menghormati dan menerima perbezaan antara kita.
Sekurang-kurangnya, itulah pendirian dan isi hati saya.
“Sehingga hari ini” -tulis Najib.
sumber: FB Najib Razak
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami