Assalamualaikum pembaca sekalian, Ini adalah kisah benar. Aku minta maaf kalau cerita ini ada mengguriskan hati mana-mana pihak.
Yes, aku merupakan anak hasil hubungan luar nikah dan aku bangga dengan diri aku sebab aku tak pernah malu pun aku merupakan anak luar nikah hasil dari dua hamba Allah yang bernfsu tanpa memikirkan kesan jangka panjang apa yang akan berlaku nanti.
Sejak kecil aku dijaga oleh ayah dan ibu angkat yang menjaga aku. Ayah angkatku merupakan seorang polis manakala ibu angkatku merupakan seorang kaunselor di sebuah universiti.
Alhamdulillah, aku dijaga dengan baik sekali oleh ayah dan ibu angkatku. Ditatang bagai minyak yang penuh seperti anak sendiri.
Seperti sedia maklum, Yes, aku ber-Bin Abdullah bukan nama ayah angkatku. Alhamdulillah aku tak pernah malu pun.
Melalui situ, aku akan ceritakan semua isu dan masalah yang aku hadapi malah isu adik adik angkat yang lain turut serta untuk dibincangkan waktu itu.
Alhamdulillah, aku tak pernah malu ber-Bin Abdullah. Walaupun sering ditanya mengapa nama ayah aku berbeza dengan nama aku di dalam IC.
Tetapi Alhamdulillah aku memilih untuk berterus terang sebab aku tak suka untuk menyimpan dan memendam perasaan.
Ibuku sering menekan perkara ini. Beliau sering berkata ;
“Kalau ada isu or masalah cuba cari someone yang abang percaya untuk kongsi kalau ummi jauh dari abang. Jangan pernah simpan. It’s okay to rant/vent.”
“Your allowed to do whatever you want to get your peace of mind. Its okay to rant.”
“Haza min fadli Rabbi. This belongs to Allah.”
Suatu hari, waktu aku cuti musim panas di Malaysia ummi dan ayah memanggil aku untuk memberitahu sesuatu perkara tentang ibu kandungku yang masih hidup.
Yes, ibu masih hidup. Ummi bertanya sama ada aku ingat berjumpa atau tidak. Sebab ibu kandung aku rindu yang teramat.
Alhamdulillah, pertemuan aku dengan ibu kandung aku dalam suasana yang penuh emosi. Ibu kandungku menangis meraung raung meminta ampun dan maaf yang tak terhingga. Aku pun turut menangis dan mententeramkan keadaan.
Aku cakap “ takpe ibu. Don’t let your difficult past define your today. When you focus on the past, you choose to be a victim of the past.
Alhamdulillah ibu kandungku sudah banyak berubah dan solat dijaga dengan baik. Sentiasa menjaga aurat which is aku nampak past is past.
Jadi, aku focus yang sekarang yang ada di depan mata iaitu ibu yang sekarang bukan yang dulu sewaktu muda. Beliau rajin membuat panggilan dan bertanya khabar dan aku sangat senang melayani beliau.
Untuk masa yang akan datang aku perlu bersedia sekiranya aku ingin berkahwin ke, my future wife perlu tau siapa aku.
Siapakah yang akan menjadi wali aku semua tu aku ketepikan dulu sebab masa tu belum datang. Chill, aku nk balas jaga ummi, ayah, dan ibu kandungku dulu.
Kadang-kadang aku terfikir mungkin aku berjaya sampai tahap ini adalah asbab doa ibu kandungku juga kerana doa seorang ibu itu mustajab. Doa ummi, doa ayah, dan doa ibuku. Itulah kuasa doa.
Ummi aku selalu cakap perkara ni ;
“Setiap anak itu ibarat kain putih, bersih, wangi, tiada kotoran. Ibu bapa lah yang ada kuasa untuk mencorakkan kain putih itu.
So pada hari ini, ummi dan dan ayah telah mencorakkan abang dengan seni yang paling cantik untuk abang bawa diri abang.
Now, ini adalah masa untuk abang mengindahkan hidup orang lain. Dan ummi percaya, setiap kain yang dicorak tidak betul akan ada pembersih/removal yang boleh membersihkan corakkan itu walaupun meninggalkan sedikit kesan.”