MUFTI Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya diadakan Pilihanraya Umum (PRU) segera disebabkan kenakalan politik yang berlaku pada masa ini.
Beliau membuat cadangan itu menerusi laman Facebook miliknya hari ini.
“Jika saya boleh membuat kesimpulan, saya rasa, atas ‘kenakalan’ politik yang ada, kita memerlukan PRU segera,” katanya.
Menurut Dr Asri, beberapa hari ini, beliau telah berbicara dengan pihak-pihak yang terlibat dalam politik negara.
“Saya berbual YAB PM (menerusi video conference), YB Tun Mahathir Mohamad (telefon), YB Tengku Razaleigh Hamzah (telefon), beberapa menteri (melalui telefon dan ada yang datang ke rumah),”
Tambahnya lagi, ini merupakan peluang untuk mengadakan PRU yang lebih bersih.
“Disebabkan faktor Covid, maka dalam PRU kali ini dilarang kempen secara fizikal. Ertinya tiada ceramah umum, ceramah kelompok, kempen rumah ke rumah, edaran risalah dan seumpamanya. Hanya yang dibenarkan kempen melalui media sosial,” katanya.
Beliau juga berpendapat bahawa jika hal itu berlaku maka Cos kimpin akan dapat dijimatkan selain ia memberikan peluang yang lebih ketara kepada semua pihak yang bertanding.
“Rakyat juga tidak perlu membazirkan keluar rumah atau terganggu dengan kedatangan calon-calon ke tempat mereka. Maka, kuranglah permusuhan dan ketegangan terbuka,”
“Harap juga dapat mengurangkan rasuah politik semasa berkempen. Pilihanraya akan jadi lebih adil untuk semua,” katanya.
Menurutnya lagi, kerajaan perlu memperketatkan SOP di mana calon yang melanggar boleh dibatalkan pencalonan, manakala aktivis yang melanggar didakwa dan didenda.
“Apabila tiba hari mengundi, rakyat keluar dengan SOP. Rakyat beratur seperti kita ke bank dan lain-lain pada masa ini dengan SOP yang ditetapkan,”
“Dengan itu semoga kita mendapat PRU yang paling bersih dan kerajaan yang lebih stabil. In Sha Allah,” katanya.
UMNO Nafi Sokong Anwar
KUALA LUMPUR – UMNO sekali lagi menegaskan tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pemimpin yang mempunyai hubungan dengan DAP seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan, ramai pemimpin UMNO termasuk presiden partinya, Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi berpegang teguh kepada keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMMO sebelum ini.
Ini termasuk mengukuhkan Barisan Nasional, memantapkan Muafakan Nasional, tidak menjalinkan hubungan dengan DAP dan tidak mempunyai hubungan dengan pemimpin-pemimpin yang bersepakat dengan DAP.
“Saya selaku SU Agung UMNO juga Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi tetap berpegang teguh kpd pendirian keputusan Mesy MKT UMNO sblm ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu dalam satu ciapan di Twitter Ahmad berkata, jalinan kerjasama di antara UMNO dan Pas tidak boleh dileraikan sebaliknya harus diperkukuh.
“Biro Politik UMNO telah cadangkan agar MN didaftar sebagai organisasi politik yang sah
“MN telah berjaya menyatukan ummah yang berbalah lebih 60 tahun,” katanya lagi. -MalaysiaGazette
Maszlee Malik didakwa sokong Anwar – Laporan
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik didakwa memberi akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.
Sokongan Maszlee terhadap Anwar itu didedahkan portal MalaysiaNow pada Sabtu.
Laporan memetik sumber itu menyebut, tindakan Maszlee itu mengeruhkan lagi hubungannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Tindakan Maszlee ini akan mengeruhkan lagi hubungannya dengan Dr Mahathir.
“Kali terakhir Maszlee kena leter dengan bekas bosnya, beliau meletakkan jawatan sebagai menteri Kabinet,” kata sumber yang tidak didedahkan identitinya itu.
Pada Jumaat, Maszlee merupakan salah seorang Ahli Parlimen yang turut menghantar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Maszlee yang meletak jawatan sebagai menteri pendidikan ketika pentadbiran Pakatan Harapan merupakan salah seorang individu di belakang usaha menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air yang diasaskan Dr Mahathir.
Sehingga kini, Astro AWANI masih berusaha menghubungi Maszlee dan pegawainya untuk mendapatkan pengesahan tentang dakwaan sokongan beliau kepada Anwar.