Tumpuan orang ramai terarah kepada isu penangkapan individu yang dipercayai terbabit dengan sindiket Macau Scam yang disyaki telah mengaut keuntungan ‘atas angin’ dan membabitkan nilai ratusan juta ringgit.
Difahamkan ia kembali menjadi tumpuan apabila ada beberapa ‘tokan besar’ didakwa turut memiliki empat cawangan rangkaian perniagaan francais minuman yang diusahakan pelawak Shuib, Sepahtu.
Disebabkan itu juga, Shuib turut dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu memberikan keterangan. Beliau bagaimanapun sudah dibebaskan selepas memberi keterangan.
Sementara itu, sehingga kini seramai 20 individu termasuk dalang utama dan lapan daripada pasukan polis telah ditahan.
Kisah gaya hidup terlebih mewah membabitkan dalang utama kes terbabit juga telah tular di media sosial sehingga menyebabkan orang ramai mahu suspek dikenakan hkuman sewajarnya.
Suspek utama larikan diri
Namun menerusi berita terkini, polis difahamkan sedang giat memburu lelaki bergelar Datuk Seri yang juga suspek utama sindiket pengubahan wang hram selepas dia melarikan diri sebaik dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), kelmarin.
Menurut sumber, sepatutnya lelaki terbabit turut ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kgiatan jvdi dalam talian.
” Bagaimanapun, suspek difahamkan bertindak memanjat pagar di belakang bangunan SPRM sebelum melarikan diri.
” Polis yang ketika itu berada di hadapan bangunan SPRM hanya sempat menahan seorang lagi suspek yang juga dalang utama sindiket itu bersama dua anggota polis bagi membantu siasatan kes terbabit,” katanya.
Sumber berkata, sehubungan itu, polis kini giat mengesan suspek yang menghilangkan diri selepas dibebaskan.
Dalam perkembangan sama, Ketua Jabatan Siasatan Jnayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, polis akan menahan semula tiga individu selepas mahkamah menolak perintah reman terhadap mereka semalam yang ditahan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kgiatan jvdi dalam talian.
Katanya, seorang lelaki dan dua anggota polis ditahan kelmarin selepas dibebaskan SPRM yang sebelum ini direman bagi membantu siasatan berkaitan kes pengubahan wang hram.
Nik Ros Azhan berkata, bagaimanapun mahkamah menolak permohonan untuk mendapatkan reman itu namun mereka kini ditahan semula membabitkan satu lagi laporan berkaitan perjvdian di Cheras.
” Kita akan tahan mereka semula bagi membantu siasatan berkaitan perjvdian di daerah Cheras yang berkaitan dengan tiga individu ini.
” Permohonan reman baharu akan dipohon supaya siasatan dapat dijalankan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Harian Metro sebelum ini melaporkan polis memberkas tiga individu yang sebelum ini ditahan oleh SPRM berhubung kes pusat panggilan membabitkan kgiatan jvdi dalam talian.
Pengarah Jabatan Siasatan Jnayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata ketiga-tiga individu itu akan direman bagi membantu siasatan.