Kisah Rakyat Tempatan Viral

Anwar yakin jadi PM, Sekali Dr M Keluar Kenyataan Khas

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad menafikan bahawa dia telah memberikan sokongan kepada ‘salah satu calon’ yang ingin menjadi perdana menteri.

Menurutnya, beliau dan parti barunya, Pejuang bebas dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak atau individu yang ‘bercita-cita untuk mendapatkan sesuatu jawatan’.

Oleh itu katanya, beliau berharap tiada lagi percubaan untuk menggambarkannya sebagai menyokong sesiapa sebagai perdana menteri.

Isu Anwar: Muhyiddin serah pada kebijaksanaan Agong

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata beliau menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membuat keputusan berhubung dakwaan Presiden PKR Anwar Ibrahim memiliki majoriti dalam Dewan Rakyat.

“Saya sebenarnya tidak mengikuti perkara itu.

“Saya serahkan kepada kebijaksanan Yang di-Pertuan Agong. Tuanku adalah seorang yang bijaksana, faham dari sudut peranan baginda sebagai yang di-Pertuan Agong. Peruntukan dalam perlembagaan dan sebagainya itu adalah dalam kuasa penuh Yang di-Pertuan Agong.

“Maka kita harus memberikan kepercayaan kepada baginda untuk memutuskan apa yang sepatutnya diputuskan,” katanya dalam sidang media yang diadakan secara maya dari kediamannya hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya mengenai majlis terima menghadap Anwar di Istana Negara pagi tadi bagi mempersembahkan jumlah ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberikan sokongan kepadanya.

Menurut Muhyiddin, keutamaannya kini adalah untuk menguruskan ekonomi negara yang terjejas akibat Covid-19.

“Saya masih berada di sini sebagai perdana menteri. Tugas dan amanah saya mesti dilaksanakan.

“Perhatian utama adalah menguruskan masalah Covid dan menguruskan masalah ekonomi negara,” katanya.

“Keprihatinan saya bukan mengenai perkara itu. Ketika dia (Anwar) berada di istana, saya di sini di hadapan televisyen mengadakan sidang video dengan anggota Majlis Keselamatan Negara untuk membincangkan isu Covid-19,” jelasnya.

Terdahulu Anwar pada sidang media tengah hari tadi memaklumkan telah mempersembahkan dokumen sahih kepada Seri Paduka di Istana negara bagi membuktikan dirinya memiliki sokongan lebih 120 ahli parlimen.

Sesi menghadap pagi tadi sepatutnya dijadualkan pada 22 September lalu tetapi ditangguhkan susulan kegeringan Seri Paduka yang terpaksa menjalani rawatan di Institut Jantung Negara.

Bagaimanapun, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata presiden PKR itu tidak mengemukakan senarai nama ahli Dewan Rakyat yang didakwa menyokongnya

Berikut video penuh apa sebenanya yang terjadi hari ini

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *