Kisah Rakyat Tempatan Viral

Safawi cakap ‘English’ Berterabur, Sekali Anju cakap nak ludah

Umum mengetahui, pemain bola sepak kebangsaan iaitu Safawi Rasid telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Portugal. Penghijrahan tersebut adalah bagi menyertai kelab utama Liga Premier iaitu Portimonense SC.

Diperkenalkan secara rasmi bersama pasukan kelab Portugal, Portimonense SC di Stadium Perbandaran Portimao, Portugal baru-baru ini, Safawi menjawab semua soalan dengan baik dalam temuramah yang diadakan dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen memperlekehkan penguasaan bahasa Inggeris pemain bola sepak negara. Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon sensasi, Zarina Anjoulie yang tampil mempertahankan Safawi.

Anju Nak Lvdah

Kata Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju, Safawi telah cuba untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan mahu ‘meludah’ merkea yang mengutuk mahupun menganggu pemain bola sepak itu.

“Siapa kacau sapawi aku nak ludah. Atleast dia cuba cakap English bukan cakap Melayu kat sana. Macam mana nak maju Melayu sikit-sikit nak sindir sikit-sikit nak bahan, biar la dia belajar.

“Power lah juga dia dapat main untuk kelab sana international daripada korang yang terperap je kat rumah tak ada buat apa apa. Sampah punya orang siapa yang duk sindir-sindir dia,” tulisnya.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Anju turut memohon orang ramai agar memberikan sokongan padu terhadap individu yang mengharumkan nama negara seperti Safawi.

“Kenapa nak bahan dia, English berterabur sikit nak gelak-gelakkan. Kita patut sokong sesama Malaysia. Dia tengah mengharumkan nama negara kita. Tunjukkan sedikit sokonganlah. Dia dah sampai sana dah sangat bagus,” katanya.

Sebelum ini dalam sesi temuramah yang diadakan dalam bahasa English, Safawi kelihatan seperti kekok sedikit, namun masih boleh jawab semua soalan dengan baik. Mungkin perasaan gentar tidak biasa ditemuramah oleh media asing. Terdapat beberapa mulut orang ramai yang persoalkan bahasa English Safawi mengatakan dia harus menguasai bahasa antarbangsa itu.

Seorang individu tampil pertahankan Safawi Rasid dan ini kata-katanya, “Temubual pertama Safawi di Portugal.Yang mana niat nak kvtuk english Pawi yang berterabur tu, pergi google video Valentino Rossi kena interview. Dah 20 tahun main MotoGP round keliling dunia, dia punya english steady je barai.Yang penting kompiden @safawi37”.

Rodiney Sampaio: “Portimonense SC Mahu Bentuk Safawi Rasid Untuk Berjaya Seperti Shoya Nakajima.”

Sememangnya penguasaan bahasa English bukanlah terlalu penting buat Safawi kerana dia pemain bola sepak bukannya ahli perniagaan antarabangsa. Apa-apapun, terbaik Safawi Rasid.

President Portimonese SC Rodiney Sampaio berharap dengan kehadiran Muhammad Safawi ke dalam pasukan kelabnya dapat menguatkan lagi barisan serangan memandangkan bintang Johor Darul Ta’zim itu mempunyai kemahiran teknikal yang baik.

“Ramai masih belum tahu mengenai dia (Muhammad Safawi) dan keadaan sama seperti ketika kami membeli (pemain Jepun), Shoya Nakajima (dari FC Tokyo pada 2017), tapi saya harap dia dapat capai kejayaan sama seperti Nakajima,” katanya dalam sidang akhbar yang dimuat naik menerusi laman sesawang kelab portimonensept.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber: Twitter SukanStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *