Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah minggu depan.
Dalam satu kenyataan media, Anwar mendakwa Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk beliau mengadap pada hari Selasa 13 Oktober 2020.
Anwar berkata pada majlis menghadap tersebut beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang pernah disebutkan sebelum ini.
Dengan pengumuman tersebut, penyokong Anwar mula memuat naik kisah-kisah dan perjuagan beliau ketika dahulu, termasuklah ketika di zaman Kolej dan Universiti.Berikut salah satu kisah menarik yang di kongsi
Anwar Ibrahim tubuh ‘k0ngsi ge-lap’ ketika zaman sekolah
KETIKA masih menuntut di sekolah Elit MCKK (Malay College Kuala Kangsar) saudara Anwar Ibrahim menubuhkan satu kumpulan ‘k0ngsi gelap’ diberi nama MARAMUNJANGAN atau MARAMUNJA yang berasal dari perkataan “Mara ke hadapan mundur jangan,”.
Kumpulan ini dianggotai oleh 11 orang rakan-rakan beliau. Antara ahli kumpulannya ialah Datuk Fauzi dan Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad (Pengerusi DRB HiCom) dan beberapa orang teman lain.
Bukan Jalan Aktiviti Har4m,Tapi Bantu Anak Bangsa
Jangan salah faham, kumpulan ini disebut ‘kongsi gelap’ bukanlah kerana ia menjalankan aktiviti h4ram, sebaliknya kerana ia adalah kumpulan kecil tidak berdaftar dan hanya dianggotai oleh rakan-rakan rapat Anwar Ibrahim semasa di bangku sekolah.
MARAMU-NJA ditubuhkan untuk membela anak bangsa yang mundur dan tercicir dalam pelajaran. Setiap ahli anggota kumpulan ini perlu mengendalikan kelas tuisyen percuma dan memberi motivasi kepada anak-anak Melayu sepanjang cuti penggal persekolahan.
Setiap ahli anggota juga mesti menyediakan laporan aktiviti mereka.
Selain itu antara aktiviti lain MARAMUNJA ialah menubuhkan tabung kewangan di kalangan ahli yang berkemampuan.
Jika ada mana-mana ahli atau pelajar yang kesempitan wang, mereka akan dibantu dengan tabung ini.
Contoh yang selalu berlaku, jika ada pelajar-pelajar miskin yang tidak cukup wang untuk membeli tiket bas atau keretapi untuk pulang ke kampung maka duit dari tabung ini akan digunakan untuk membantu mereka.
Suatu hari pernah diceritakan bagaimana Anwar ternampak sebuah rumah orang kampung miskin yang rosak atapnya berhampiran Bukit Chandan. Beliau mencadangkan agar duit tabung MARAMUNJA digunakan untuk bantu menukar atap rumah tersebut dan mereka bersetuju.
Mereka pun pergi ke rumah tersebut dan menawarkan untuk membantu memperbaiki atap berkenaan. Tuan rumah terkejut kerana yang datang menawarkan bantuan adalah anak-anak sekolah yang umurnya belasan tahun pada waktu itu.
Dengan perbelanjaan $80 dikeluarkan dari tabung MARAMUNJA bumbung rumah pakcik berkenaan berjaya ditukar termasuk upah tukang rumah juga ditanggung oleh mereka.
Sejak dari peristiwa itu setiap kali hujung tahun, mereka mengadakan mesyuarat, jika ada lebihan wang tabung MARAMUNJA ia akan digunakan untuk membantu orang-orang kampung yang miskin.
“Anwar Ibrahim, to know is to love,” — MiLo SuaM
Berikut Posting Asal di Halaman Facebook Milo Suam
Anwar Ibrahim tubuh ‘kongsi gelap’ ketika zaman sekolahKETIKA masih menuntut di sekolah Elit MCKK (Malay College Kuala…
Posted by MiLo SuaM on Friday, October 9, 2020
Anwar Akan Dilantik Menjadi Perdana Menteri ke-9 Sekiranya Perkara Ini Berlaku Pada Hari Selasa Nanti
Terkini, hasrat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri dalam masa terdekat boleh mencetuskan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan lebih awal.
Menurut Pakar perlembagaan yang merupakan Felo Penyelidik Undang-undang dan Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof, nasib Anwar bergantung sepenuhnya kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong sama ada untuk menerima atau menolak nasihat daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
” Selaku Perdana Menteri, Muhyiddin boleh terus meletakkan jawatan atau meminta Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen dan terpulang untuk baginda sama ada untuk menerima atau menolak permintaan itu.
” Jika permohonan ditolak, maka Anwar akan dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan dan kalau berlaku yang sebaliknya maka berlakulah PRU15,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Semalam, Anwar mendakwa telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 13 Oktober ini.
Dipercayai, tujuan ketua pembangkang itu mahu menghadap Seri Paduka Baginda kerana beliau dikatakan sudah mempunyai sokongan yang kuat untuk membentuk satu gabungan bagi menubuhkan kerajaan baharu.
Tambah Muhammad Fathi, Anwar juga akan berdepan dengan beberapa cabaran lain meskipun beliau berjaya membuktikan Muhyiddin hilang majoriti untuk menjadi Perdana Menteri.
” Terdapat kemungkinan Anwar mempunyai sokongan untuk menjatuhkan Muhyiddin tetapi tidak mempunyai sokongan untuk menjadi Perdana Menteri.
” Tidak mustahil mereka yang menyatakan sokongan kepada Anwar berbuat demikian semata-mata untuk memastikan berlaku PRU lebih awal.
” Berdasarkan beberapa kenyataan umum, kelihatan tokoh-tokoh dari UMN0 sangat mengharapkan agar PRU diadakan segera.” katanya.
Katanya, besar kemungkinan UMN0 hanya menggunakan Anwar sebagai alat untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memandangkan kebanyakan pemimpin mereka dilihat yakin untuk menghadapi PRU dan mengambil kembali kuasa yang hilang dalam PRU lepas.
Selain itu, Muhammad Fathi turut berpendapat rundingan untuk membentuk kerajaan baharu juga kemungkinan besar g4gal akibat daripada perbezaan ideologi parti yang terdapat dalam kerajaan yang menggantikan PN.
” Walaupun wujud kemungkinan elemen-elemen tertentu dalam UMN0 benar-benar ingin menyokong Anwar menubuhkan kerajaan baharu, hal berkenaan bukan satu jaminan yang kukuh.
” Konflik akan mula wujud khususnya antara elemen UMN0 dan D4P yang pada zahirnya amat sukar untuk bergabung.
” Keadaan yang demikian jika tidak dapat dirungkaikan akan membawa kepada PRU15 dalam tempoh terdekat ini,” katanya.
Sumber: Sinarharian