Hiburan Tempatan Viral

Ada Yang Suruh Boikot Francais Minuman, Sekali Sharnaaz tampil bersuara

Baru-baru ini Suruhanjaya Pencegahan Rasu-ah Malaysia (SPRM) menjalankan penyiasatan berhubung sindiket Macau Sc-am dan judi dalam talian yang disyaki ‘mencuci’ ratusan juta ringgit.

Susulan itu beberapa individu telah dit4han termasuk seorang ahli peniagaan wanita yang didakwa dalang sindiket tersebut.

Ahli perniagaan dikenali sebagai Datin A tersebut turut memiliki empat cawangan rangkaian perniagaan francais minuman diusahakan pelawak Shuib, Sepahtu.

Pelawak, Shuib Sepahtu dan isteri, Siti Sarah Raissuddin tidak dit4han re-man oleh Suruhanjaya Pencegahan Ras-uah Malaysia (SPRM) seperti dakwaan yang tular dalam media sosial.

Peguamnya, Muhammad Fadhli M Sutris dari Fadhli Sutris & Associates menafikan dak-waan berkenaan.

Katanya, Shuib dan Siti Sarah hanya dipanggil untuk memberikan keterangan, bukan dit4han reman atau dit4ngkap.

“Saya selaku peguam mewakili Shuib dan Siti Sarah ingin membuat penjelasan mengenai isu membabitkan anak guam yang dipanggil oleh SPRM, Khamis lalu.

“Saya harus menjawab berita tidak sahih dan spek-ulasi yang tular dalam media sosial serta media cetak sejak kehadiran anak guam di pejabat SPRM.

“Sebarang kenyataan mengenai kehadiran dan sebab mereka dipanggil memberi keterangan tidak boleh didedahkan buat masa ini, memandangkan masih dalam peringkat sia-satan SPRM. Kenyataan mengenai isu ini juga boleh mengganggu si-asatan.

“Ia juga sudah dijelaskan oleh pihak syarikat pengurusan, Indigital Music menerusi siaran media yang diedarkan,” katanya menerusi satu kenyataan yang diedarkan, petang ini.Muhammad Fadhli berkata, pihaknya sudah menasihatkan anak guamnya dan syarikat pengurusan supaya tidak mengulas sebarang kenyataan.

“Perkara ini amat penting bagi mengelakkan gangguan terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM.

“Saya juga ingin mengesahkan anak guam saya tidak pernah ditahan reman oleh SPRM mahupun terdapat permohonan reman dibuat ke atasnya. Kehadiran Shuib di pejabat SPRM hanya untuk memberi keterangan sahaja.

“Anak guam saya sudah memberikan kerjasama penuh kepada SPRM sepanjang diambil keterangan. Untuk makluman, rakaman keterangan Shuib diambil dan selesai pada hari yang sama. Shuib kemudiannya dibenarkan pulang selepas selesai proses berkenaan, manakala kehadiran Siti Sarah pula untuk menemani suaminya,” katanya.

Beliau berkata, tiada t4ngkapan mahupun permohonan reman dibuat terhadap kedua-dua anak guam seperti yang dilaporkan beberapa media.

“Semua kenyataan yang tular tidak benar sama sekali.

“Ingin ditekankan sekali lagi kehadiran anak guam saya hanya membantu proses siasatan SPRM. Anak guam saya memberi kerjasama yang baik dalam membantu siasatan,” katanya.

YB Kak Mira gesa B0ikot Francais Minuman

Baru-baru ini Shuib serta selebriti dan usahawan telah dipanggil untuk membantu si-asatan, namun mereka telah menerima tempiasnya gara-gara Datin A.

Antaranya ialah gesaan untuk menutup dan memb0ikot rangkaian perniagaan minuman Bubble Bee yang diusahakan beberapa selebiriti Malaysia.

Di laman sosial Twitter individu menggunakan nama ‘YB Kak Mira’ menulis ciapan supaya memboikot francais dibeli Datin A daripada pelawak Shuib.

Ciapan tersebut bagaimanapun telah mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad yang juga pemilik Bubble Bee cawangan Danau Kota, Setapak.

Menerusi ciapannya, Sharnaaz menegur ‘YB Kak Mira’ dengan menegaskan mereka tiada kaitan dengan aktiviti jenayah dilakukan datin berkenaan.

“Jangan begitu YB, kami ni takdak (tak ada) kena mengena, kami cari rezeki halal,” tulisnya.

 

Terdahulu, beberapa selebriti dipanggil SPRM untuk membantu si-asatan dan memberi keterangan berhubung kes penggubahan wang h4ram.

Siasatan kes tersebut dijalankan oleh Unit Siasatan Penggubahan W4ng H4ram (AMLA), SPRM.

“Tuhan nak tunjuk kejap jer….” – Netizen puas hati, ‘bos besar’ macau scam dit4ngkap

Heboh mengenai pen4hanan seorang lelaki berpangkat Datuk Seri dan Datuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasu-ah Malaysia (SPRM) dipercayai terlibat dalam kes pen-ipuan sindiket atau ‘macau sc4m’.

Mesti ramai yang nak tahu, siapakah individu-individu terbabit. Katanya, mereka ini sangat dikenali dalam kalangan selebriti tanah air dan menjalani kehidupan serba mewah.

Bos besar dah kena t4ngkap

Terbaru, telah perkongsian di Facebook mendedahkan identiti individu-individu yang dit4han SPRM itu. Dikatakan, lelaki berpangkat Datuk Seri itu adalah ketua atau bos yang selama ini menjalankan aktiviti ‘macau sc4m’.

Malah menerusi laporan Kosmo! Online, individu terbabit juga didakwa terlibat dalam ju-di dalam talian serta aktiviti pengubahan w4ng h4ram.

Beberapa selebriti tanah air yang pernah terlibat perniagaan bersama individu terbabit juga turut dipanggil oleh SPRM untuk membantu si-asatan.

Kalau Tuhan nak jat-uhkan tu sekejap jer

Dalam pada itu, rata-rata netizen berpuas hati apabila mendapat tahu mengenai t4ngkapan tersebut. Kebanyakan mereka menyatakan pernah dan hampir menjadi mangsa pen-ipuan sca-mmer.

Banyak jalan cari rezeki yang halal di bumi Tuhan ini, jangan disebabkan wang ringgit kita sebagai manusia sanggup meni-pu dan mengani-aya orang lain.

Terdahulu, BH Online melaporkan pasangan selebriti dipanggil SPRM bagi membantu si-asatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang h4ram.

Difahamkan, pelawak popular itu dipanggil SPRM bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes pengubahan wang h4ram mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM 2001. Anggota kumpulan Sepahtu itu disoal s-iasat selama 23 jam.

Sumber: Kosmo! Online & Viral Oh Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *