Hiburan Tempatan Viral

Ada yg tak suka baca kehidupan Mira Filzah lepas kahwin. Ini nasihat Mira

Memiliki rupa paras manis dan berbakat besar, Mira Filzah diakui merupakan salah seorang pelakon wanita yang digemari ramai. Selain berlakon, dia juga aktif dalam mengacara program-program di kaca televisyen.

Walau bagaimanapun, ada yang tidak berpuas hati apabila kehidupannya selepas berkahwin sering menjadi tumpuan peminat dan media tempatan.

‘Awak rasa awak seorang je kahwin?’


Di Instagram Story, Mira Filzah memuat naik mesej kecaman yang diterimanya daripada seorang individu. Individu tersebut meluahkan rasa kurang senang apabila berita mengenai perkahwinan dan kehidupan selepas berumah tangga artis berkenaan tersebar meluas.

Malah, individu ini turut mengecam mutu lakonan Mira Filzah yang dianggap biasa-biasa sahaja.

Tak adil bagi saya


Jelas Mira Filzah, apa yang dikongsikannya menerusi ‘Ask Me Questions’ adalah cara dia berhubung dan berkongsi pendapat dengan para peminat. Dia juga tidak pernah ditemu bual berkenaan soalan-soalan tersebut.

Tambahnya, dia merasakan tidak adil apabila ada yang menghukum mereka berdasarkan artikel-artikel yang dibaca sedangkan jawapan berkenaan diberi berdasarkan soalan yang ditanya para peminat di ruang peribadinya sendiri.

Jika tak suka, elakkan baca


Ujar Mira Filzah, jika selepas ini ada lagi artikel berkenaannya diambil daripada Instagram Stories, dia menyarankan agar orang ramai tidak mempedulikan berita tersebut.

Pelakon ini sendiri tidak pernah minta artikel berkenaan dirinya diterbitkan namun tidak sesekali menyalahkan media kerana itu adalah kerja mereka.

Mira Filzah cekap memasak demi Emir

PELAKON dan pengacara Mira Filzah, 27, yang mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar atau Emir, 30, baru-baru ini mengakui secara automatik rajin memasak disebabkan suaminya seorang yang kuat makan.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, dia bukanlah handal memasak, tetapi mahu memikul tanggungjawab menjaga suaminya serta rumah tangga sebaiknya.

“Saya secara automatik jadi sangat rajin (selepas kahwin). Rajin ini dan rajin itu. Tanggungjawab diri sendirilah. Saya kena lakukannya kerana ia tanggungjawab saya sekarang untuk menjaga rumah dan suami.

“Selalu masak sebab Emir suka makan. Taklah handal sangat masak, tapi masak itu senang, cari di Google dan YouTube saja, insya- Allah jadi. Selain itu buat panggilan video dengan emak untuk resipi ringkas.

“Sebelum ini jarang masak. Sibuk dan duduk rumah sendiri tak berbaloi masak untuk satu orang. Adalah masak sekali-sekala,” katanya.

Pelakon Bidadari Kiriman Tuhan itu turut mengakui dia banyak memanfaatkan masanya meningkatkan kemahiran memasak sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

“Sewaktu PKP, saya kerap memasak. Saya rasa PKP benar-benar membantu saya untuk meningkatkan kemahiran memasak saya,” katanya.

Pada 3 September lalu, Emir dan Mira sah bergelar suami isteri di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, jam 8.58 malam.

Pasangan itu dinikahkan bapa Mira, Badioezaman Ab Khalik.

Sumber: Mira Filzah via Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *