Kisah Rakyat Tempatan Viral

Malaysia Catat Jumlah Tertinggi 317 Kes Baharu, Ini luahan hati Pak Long

Membimbangkan! Malaysia sekali lagi merekodkan kes tertinggi jang-kitan COVID-19 di negara ini apabila sejumlah 317 kes baharu dicatatkan, lapor Awani

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kesemua kes yang melibatkan jang-kitan dalam negara itu kebanyakannya mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

“Kesemua 317 kes adalah kes pen-ularan di dalam negara yang melibatkan 303 kes di kalangan warganegara dan 14 kes bukan warganegara.

“Daripada 317 kes tersebut, sebanyak 37 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah.

“Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 176 kes.

“Penularan tertinggi direkodkan di Sabah dengan 155 kes diikuti Kedah (102 kes) dan Selangor (32 kes),” katanya dalam sidang media di Putrajaya pada Sabtu.

Dr Noor Hisham berkata, sejumlah 121 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COV-ID-19 sebanyak 10,216 kes.

“Sehingga kini, 29 pesakit positif COVID-19 dirawat di Unit Raw-atan Rapi (ICU) dengan empat daripadanya memerlukan bantuan pern4fasan,” katanya.

Berikut luahan hati Ismail Sabri di FB milik beliau

“Pak Long baca semua komen dan ulasan di Facebook, Twitter dan IG Pak Long.

“Pak Long ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi pandangan. Pak Long ambil pendapat kalian semua di sudut pandang yang positif dalam melaksanakan yang terbaik untuk kalian semua.

“Pak Long sedar sejak akhir-akhir ini terdapat peningkatan jan-gkitan COVID-19 yang tinggi melibatkan penye-baran utama dari PATI iaitu Kluster Benteng di Sabah, dan melibatkan t4hanan pe-njara iaitu Kluster Tembok, Kedah seperti mana diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan.

“Ya, Pak Long tahu rakyat geli-sah, sedih dan mar-ah.

“Namun ketahui lah Pak Long sedang melakukan sedaya upaya Pak Long untuk memastikan setiap rakyat berada dalam keadaan selamat.

“Dalam mesyuarat bersama Perdana Menteri, kita telah buat keputusan untuk terus memperketatkan sempadan terutamanya Pantai Timur Sabah agar PATI tidak mudah lolos untuk m-lakkan jang-kitan kepada rakyat kita. Kawalan, aset, dan anggota di tambah untuk memastikan kese-lamatan semua rakyat Malaysia.

“SOP rentas daerah di Sabah juga dikeluarkan untuk memastikan penularan jangk-itan dapat di kawal dengan sebaiknya.

“Task Force Operasi Pematuhan terus berjalan hingga hari ini, begitu juga dengan Operasi Sanitasi Awam untuk proses sanitasi lokasi-lokasi yang terlibat dalam pen-ularan w4bak COVID-19 di seluruh negara.

“Pak Long jua mohon dari kalian semua.. agar teruskan kawalan kendiri dengan menjaga penjarakan sosial, pakai pelitup muka, dan juga kerap mencuci tangan untuk mel4wan COVID-19 ini.

“Musu-h kita, COVID-19 ini tidak akan hilang selagi vak-sin tidak ditemui.

“Kita hampir berjaya melandaikan lengkungan sebelum ini, tiada sebab untuk kita berputus asa hari ini.

“Salam hormat dari Pak Long. Jaga keselamatan kalian semua.. untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat kita.

Rata-rata netizan mendoakan

“Terima kasih Pak Long dan semua yg sentiasa prihatin kpd rakyat.. Semoga kita semua dipelihara Allah agar drpd virus yg bermaharajalela skrg ini..
Bertambahlah kpd semua frontliners yg terlibat secara langsung atau x langsung dgn pesakit Covid-19

“Ye pak long.. PTI yg masuk kat sabah mmg dah hafal lorong2, ceruk2 lubang tikus yg dorg boleh masuk..sabah da mcm 2nd home dorg da.. Trutama kat Lahad Datu, Tawau, Sandakan n Semporna.. Itu mmg hotspot dorg..hrp dpt laaa halang n tutup terus laluan dorg dri masuk ke kwsn 2 lg

“Pak long kalau tgk statistik kkm hari ni daerah Kota kinabalu suda zon merah tapi hairan sekolah belum ada arahan ditutup..hrp kkm, mkn dan kpm ambil tindakan segera..tq

Dalam pada itu, satu kem4tian berkaitan jangk-itan COVID-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisi-s Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kem4tian meningkat 137 kes.

Ismail Sabri jawab d4kwaan ahli politik pu-nca kes Covid-19 meningkat

PUTRAJAYA- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan rakyat agar tidak panik dan bimbang dengan peningkatan kes koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Beliau berkata, meskipun angka positif korona-virus (Covid-19) dilihat besar, namun kebanyakan kes itu melibatkan tah4nan pe-njara di Kedah dan Sabah, yang terasing daripada komuniti.

“Rakyat diharap tidak terlalu panik, walaupun rakyat mungkin marah pada saya kerana kata jangan panik… tetapi walaupun begitu jangan ambil lewa dan rasa selesa… sentiasalah perketatkan kawalan kendiri, selagi va-ksin tidak ditemui,” katanya.

Ditanya dakwaan orang politik berkempen di Sabah adalah pun-ca penin-gkatan kes Covid-19 dalam negara, Ismail Sabri berkata lebih 13,000 saringan dilakukan dan lebih kurang 130 adalah positif, iaitu satu peratus daripada mereka yang kembali dari Sabah.

“Satu peratus itu bukan orang politik semata-mata, turut melibatkan pelancong, orang yang mempunyai tugasan rasmi dan urusan perniagaan”, katanya.

Ismail Sabri juga menegaskan tidak ada keperluan untuk melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.
Beliau berkata, kes di negeri-negeri lain juga mencatatkan angka yang rendah, sama ada satu hingga tiga kes sahaja, kecuali Selangor 31, namun ia belum sampai ke tahap me-rah.

“Jadi kalau kita tengok, kebanyakan satu atau dua kes di setiap negeri, jadi bukan satu perkara yang memb-imbangkan.

“Kalau satu, dua kes kita nak buat sekatan satu negara, sampai bila pun negara kita PKP…,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *