Kuala Lumpur: Syarikat rakaman dan pengurusan Indigital Music memaklumkan artis mereka, Siti Sarah Raissuddin hanya menemani suaminya, Shuib Sepahtu ketika pelawak itu hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasu-ah Malaysia (SPRM), Putrajaya, awal pagi hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan Indigital Music selepas tersebar berita mengatakan pasangan selebriti itu dipanggil untuk membantu siasatan berhubung pengubahan wang haram.
“Untuk makluman hanya keterangan Shuib saja yang diambil SPRM manakala Sarah hanya menemani suaminya saja.
“Buat masa ini pihak kami tidak dapat mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkenaan perkara itu untuk tidak mengganggu siasatan SPRM bagi menghormati sistem perundangan negara kita,” katanya.
Pihak Indigital Music juga memaklumkan bahawa kerjasama sepenuhnya diberikan kepada pihak SPRM untuk membantu siasatan.
Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan daripada Sarah dan Shuib tidak berjaya apabila talian telefon mereka dimatikan.
MyMetro melaporkan pasangan selebriti itu dipanggil SPRM bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang haram.
Difahamkan, pasangan berkenaan masing-masing berusia 36 tahun hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya sejak 4 pagi hari ini.
Difahamkan, terdapat beberapa individu termasuk seorang usahawan terkenal turut dipanggil memberi keterangan
Dalam pada itu ramai netizan dan rakan artis menyokong dan mendoakan kedua-dua pasangan itu
Cuma Shuib dipanggil bantu siasatan SPRM, kata pengurus
Pelawak, usahawan dan juruhebah radio terkenal, Shuib, disahkan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Pengurus Shuib, Nana Mohamad Rom, bagaimanapun berkata tiada maklumat lain dapat diberikan buat masa ini kerana enggan mengganggu siasatan pihak berkuasa selain menghormati sistem perundangan negara.
“Untuk makluman hanya keterangan Shuib saja yang diambil oleh pihak SPRM manakala isterinya, Siti Sarah Raissuddin, hanya menemani,” katanya dalam satu kenyataan media malam ini.
Terdahulu beberapa portal melaporkan pasangan terbabit hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk membantu sia-satan agensi antirasu-ah tersebut.
Tanpa menamakan sumber Utusan Online melaporkan siasatan itu dibuat berkaitan kegiatan pengubahan wang haram.
Sehingga awal malam ini pasangan terbabit dikatakan masih berada di pejabat terbabit dan tidak dapat dipastikan sama ada tangkapan akan dibuat atau sebaliknya.
Nana berkata, pihak pasangan suami isteri itu memberi jaminan memberi kerjasama penuh kepada SPRM untuk membantu siasatan kes berkenaan.
“Setakat ini sahaja penjelasan yang dapat kami berikan berkenaan isu ini kerana kami masih menunggu perkembangan selanjutnya dari pihak SPRM,” katanya.
Difahamkan, beberapa individu lain termasuk artis juga akan dipanggil SPRM selepas ini
p/s:Kita doakan yang baik-baik sahaja. Semoga urusan mereka dipermudahkan