Tempatan Viral

Tun M buka cerita mengenai hubungan terkini beliau dengan Najib

Sebuah portal online mengumumkan akan mengadakan satu sesi live bertajuk “Tun akan maafkan Najib?” 9.30 malam ini yang didakwa memaparkan temuramah bersama mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam satu posting di laman portal tersebut, Mahathir didakwa akan menjawab pelbagai soalan termasuk adakah beliau akan memaafkan Najib.

Apa yang menarik ialah cara tajuk sesi live berupa dokumentari itu digubah, seolah-olah Mahathir bersedia maafkan Najib atau sedang mempertimbangkan perkara itu.

Perkara ini menimbulkan pelbagai speku-lasi di media sosial yang mula tular sejak pukul 7 malam tadi, termasuk di ruang komen beberapa portal media.

Dr. Mahathir Mohamad seringkali meny4lahkan Datuk Seri Najib Tun Razak setiap kali beliau membuka mulut sehingga ada yang melihat perse-ngketaan mereka berdua lebih kepada bersifat peribadi.

Dalam pertemuan bersama MalaysiaGazette, Dr Mahathir menjawab pelbagai soalan termasuk adakah beliau akan memaafkan Najib.

Dalam temu bual eksklusif MalaysiaGazette dengan Dr. Mahathir yang ditunda sehingga pada pukul 11 malam tadi, beliau telah menjawab pelbagai persoalan mengenai pelbagai perkara seperti isu mengenai Pak Lah, Najib, Anwar Ibrahim dan juga pentadbiran Muhyiddin.

Untuk rekod, sepanjang temubual Mahathir telah menyebut nama Najib lebih dari 20 kali.

Soalan terakhir daripada MalaysiaGazette kepada Dr Mahathir adalah yang paling ditunggu-tunggu samada beliau akan memaafkan Najib ataupun tidak.

“Adakah Tun akan memafkan Dato Seri Najib sepertimana Tun memafkan Dato Seri Anwar Ibrahim?” soal MalaysiaGazette

“No, different (berbeza daripada Anwar), saya tak boleh maaf orang yang destr0y my party (r0sakkan parti saya).”

“Itu dia buat, dia buat betul-betul sampai orang benc1i kepada UMNO.”

“Masa saya letak jawatan, bila ada pilihanraya pada 4 haribulan, dia menang lebih daripada masa saya, Pak Lah menang.”

“Tapi sekarang orang tolak Pak Lah dan Najib, Najib lebih teruk dari Pak Lah.”

“Orang yang r0sakkan UMNO saya tak boleh maaf.”

“Sampai bila-bila?” soal MalaysiaGazette

“Ya lah, sampai bila-bila lah.” jawab Mahathir walaupun sedikit gagap.

Berikut sebahagian wawancara ketika soalan berkaitan kemaafan kepada Najib

Wartawan : Bersediakah Tun maaf kan DS Najib sepertimana Tun maafkan DS Anwar?
Tun M        : “Orang yang musnahkan parti saya..Umno saya tak boleh maaf”
Wartawan  : Sampai bila – bila?
Tun M         : “Ya la, bibibill…bila-bila la”.

Sebelum ini, pada September 2016, Mahathir bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali pertama semenjak Anwar dipecat dari kerajaan pada tahun 1998.

Pertemuan itu menjurus kepada kerjasama politik antara Mahathir, Anwar, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu atas misi bersama menumbangkan kerajaan pimpinan Najib Razak.

Sehingga kini, Mahathir tidak pernah menyatakan secara terbuka kerelaannya ‘memaafkan’ Anwar dan sentidas bertegas bahawa kerjasama mereka sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 adalah bagi merealisasikan misi bersama menumbangkan kerajaan kleptokrat.

Baru-baru ini, Mahathir menjarakkan dirinya terus daripada Anwar dengan menubuhkan Blok Bebas Kuasa Ketiga dan dijangka akan mencalonkan ramai ahli-ahli Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) di Pilihan Raya Umum ke-15.

Reaksi Najib

Dalam pada itu, Najib belum memberi apa-apa maklum balas mengenai wawancara terkini Tun M tersebut yang masih menyalahkan dia selepas apa yang terjadi. Namun begitu Hasil tinjauan di FB Najib, beliau ada menjawab kritikan Tun M mengenai ulasan politik semasa selepas PRN di Sabah

“Skrip recycle, perangai tak ubah.

“Bulan lepas, BN sogok pengundi PRK Slim. Sebab itu pokok petai tumbang.

“Tapi dia kata dia tak ada bukti. Cuma ada orang beritahu dia.

“Bila disuruh buat laporan polis, dia tak buat.

“Hari ini, PN-BN sogok pengundi Sabah. Sebab itu Warisan tumbang.

“Tapi dia kata dia tak ada bukti. Cuma ada orang bisik kat dia.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Kredit MG.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *