Tempatan Viral

Tdk campur hal politik, Tengku Zafrul tenang dgn anak2. Sekali corak langsir jadi perhatian

Ketika barisan kepimpinan negara fokus memberi perhatian terhadap Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz menjalani kehidupan seperti biasa.

Beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan PRN, jauh sekali ‘turun padang’ untuk bantu berkempen tetapi sebaliknya meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Hujung minggu! Masa bersama keluarga

Menerusi laman Facebook rasmi, beliau memuat naik sekeping gambar dua orang anaknya iaitu Tengku Zahira Eusnie dan Tengku Zayn Aqeel semalam.

Posting tersebut menerima 18,000 tanda suka serta ratusan komen warganet yang memberikan kata-kata positif selain memuji kepimpinan beliau dalam ‘menjaga’ kewangan negara.

Namun apa yang mencuri perhatian, ada juga netizan cuba mengusik beliau dengan mengaitkan corak langsir belakang dengan logo Parti Politik Warisan yang berbentuk Kapal Layar

Langsir macam logo politik je Tengku!

“Assalamualikum Dato, semoga berbahagia selalu. Nak tanya sikit ar boleah tak. Tu langsir belakang tu macam lambang kapa layar je, Dato bersama Warisan ker? Jangan marah yer, tanya je ni” tulis seorang peilik akaun bernama Richee

“Macam familiar je logo langsir tu yb..he2” tulis seorang lagi netizan

Terdahulu, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara rasmi membentuk kerajaan negeri yang baru selepas memenangi 38 kerusi dalam PRN semalam.

Salah satu portfolio yang menarik untuk dilihat sudah tentulah jawatan Menteri Kewangan yang kini disandang oleh YM Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul. Lebih menarik, beliau tidak mewakili mana-mana parti politik sebaliknya dilantik sebagai Senator bagi membolehkannya layak menjawat jawatan ini.

Sandang gelaran isteri Menteri paling cun, jom kenali Raja Johanna Adrina Raja Arshad

Bukan sahaja segak di sebalik rambut putihnya itu, bahkan beliau tampak berwibawa dan berkarisma dengan penampilan yang penuh bergaya.

Penampilan charming Tengku Zafrul , 46, membuatkan ramai tertanya-tanya, bagaimana paras rupa isteri beliau, pasti cantik!

Seperti yang dijangka, mereka bagaikan dibelah dua dan isteri Tengku Zafrul memang cantik orangnya, sangat cantik!
Berkaitan: Tulisan macam cakar ayam, pegang pensil pun tak pandai, ini peny-akit ‘misteri’ anak!

Raja Datin Seri Johanna Adrina Raja Arshad (tengah) bersama adik perempuan beliau serta anak lelakinya. Foto: Instagram Raja Jesrina

Raut wajah yang lembut dan menawan, tubuh bergetah siapa sangka Raja Datin Seri Johanna Adrina Raja Arshad, berusia 43 tahun itu merupakan ibu kepada empat cahamayata!

Merupakan kerabat diraja Selangor-Negeri Sembilan, perkahwinan pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata bernama Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan Tengku Zayn Aqeel.

Raja Johanna ialah anakanda sulung Raja Tan Sri Arshad Raja Sir Tun Uda Alhaj, seorang ahli perniagaan terkemuka yang juga Pengerusi Maxis Communication serta bekas penuntut Sekolah Perniagaan Harvard.

Meskipun berasal daripada keturunan diraja dan dilimpahi kemewahan, Raja Johanna amat menyenangi gaya hidup ringkas serta semula jadi. Inilah yang mendorong wanita berkenaan menyertai usaha adiknya, Raja Jesrina Arshad dalam mempromosikan jenama gaya hidup kesihatan dan kesejahteraan hidup, Purely B.

Minat Raja Johanna terhadap remedi perubatan berasaskan herba, nutrisi dan bunga-bungaan menjadi asas penjagaan kecantikan serta kesihatan mereka sekeluarga.

Tidak hairanlah mengapa Tengku Zafrul sendiri sangat aktif bersukan. Sejak muda lagi mereka mengamalkan kehidupan sihat meliputi gaya hidup dan pemakanan seimbang, berkat minat wanita itu yang mencintai alam semula jadi.

Menerusi portal digital Purely B, Raja Johanna berkongsi prinsipnya bahawa tubuh badan seseorang itu mampu menentang penyakit dan sembuh dengan sendiri.

Katanya, tubuh dan minda manusia saling berkait dan kesihatan emosi amat penting terhadap kesihatan fizikal.


Foto: Instagram Raja Jesrina

Bagi Raja Johanna, naturopati lebih daripada sekadar kerjaya, tetapi minatnya. Setiap pengetahuan dimanfaatkan dalam gaya hidup seharian, maka tidak hairanlah wanita jelita itu hanya mengamalkan diet makanan organik, kerap bersenam dan memastikan untuk mendapat tidur secukupnya.

Sebelum ini, Raja Johanna pernah menimba pengalaman kerja dalam bahagian sumber manusia. Beliau kemudian menyertai seminar Anthony Robbins, yang menjadi permulaan minatnya dalam ilmu naturopati.

Kini Raja Johanna mempunyai kelulusan Ijazah Sains Kesihatan (Naturopati) dari University of New England, Australia dan Diploma Lanjutan dalam Naturopathy, Western Herbal Medicine, Nutrition and Homeopathy dari Australasian College of Natural Therapies di Sydney.

Apa yang menarik, kesibukan beliau dan suami yang menggalas tanggungjawab besar negara iaitu mentadbir kewangan Malaysia, pasangan hebat ini sentiasa meletakkan keluarga sebagai keutamaan.

Berikut sedikit info mengenai Menteri Kewangan Malaysia 2020 Tengku Zafrul Aziz

Latarbelakang dalam bidang industri

Tidak menjadi satu kepelikan sekiranya rakyat Malaysia tidak pernah mengenali Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memandangkan beliau bukanlah seorang ahli politik. Malah, mungkin ramai juga antara kita tidak tahu bahawa beliau sebenarnya merupakan CEO dan Pengarah Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad dan CIMB Bank Berhad.

Namun, jasanya tidak terhad kepada CIMB sahaja. Beliau juga merupakan ahli APEC Business Advisory Council (ABAC), mewakili Malaysia dalam mempromosikan perdagangan dan kerjasama dengan negara-negara di rantau Asia Pasifik.

Beliau juga berperanan sebagai seorang penasihat bagi pembangunan sosioekonomi Malaysia dibawah Majlis Sukan Negara Malaysia selain menjadi Pemegang Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana dan ahli Majlis Keusahawanan Pendidikan Tinggi Negara di bawah Kementerian Pelajaran.

Melihat sahaja latarbelakang beliau yang hebat dalam pelbagai bidang ini memberikan kita harapan besar agar kewangan Malaysia dapat dipulihkan dengan segera. Ianya pasti menarik sekiranya pengalamannya dalam bidang perbankan dapat diterjemahkan dalam membangunkan negara.

Latarbelakang keluarga

YM Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkahwin dengan YM Raja Datin Sri Johanna Raja Arshad. Hasil perkahwinan ini mereka telah dikurniakan 4 orang anak iaitu 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan.

Beliau dilahirkan pada 25 Jun 1973 dan merupakan anak sulung dari 4 orang adik beradik. Ibunya, Raja Datuk Zaharaton Raja Zainal ABidin merupakan bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri Malaysia dan bapanya pula Tengku Abdul Aziz adalah seorang ahli perniagaan.

Daripada segi pendidikan, beliau merupakan alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum meneruskan pengajian dalam bidang Sarjana Muda Sains (Kepujian) Ekonomi dan Perakaunan dari University of Bristol, UK. Beliau kemudian meneruskan pengajian dalam Master of Arts (MA) dalam Kewangan dan Pengurusan dari University of Exeter, UK.

Melihatkan pada latarbelakang pendidikannya sahaja, kita sudah tahu beliau merupakan calon yang layak sebagai Menteri Kewangan.

Seorang yang aktif bersukan

Walaupun sibuk dengan kerjayanya, pencapaiannya dalam bidang sukan juga patut diceburui. Beliau aktif bersukan seperti berbasikal, berenang dan berlari. Malah, beliau banyak menyumbangkan keringatnya dalam bidang pembangunan belia negara melalui penyertaannya dalam pelbagai organisasi seperti Kalsom Movement dan Teach for Malaysia.

Beliau satu ketika dahulu aktif dalam berlari dan pencapaiannya dapat dilihat apabila beliau telah menamatkan banyak acara marathon. Marathon merupakan acara lumba lari jarak jauh dimana setiap peserta dikehendaki menamatkan jarak 42.195km. Tidak ramai yang mampu melakukannya.

Pencapaiannya dalam sukan marathon juga sangat membanggakan. Beliau merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang telah menamatkan kesemua 6 acara marathon dibawah jenama Abbott World Marathon Majors (WMM). Jika dihitung, terlalu sedikit jumlah rakyat Malaysia yang sudah menamatkan kesemua 6 acara WMM.

Abbott World Marathon Majors merupakan acara marathon berprestij dimana peserta dikehendaki melepasi kelayakan masa tertentu untuk membolehkan mereka menyertainya. Ianya biasa menjadi medan pertempuran pelari=pelari elit seluruh dunia untuk mencatatkan masa terpantas peribadi.

Harapan buat Menteri Kewangan baru Malaysia

Portfolio Menteri Kewangan merupakan antara portfolio paling panas di Malaysia. Boleh dikatakan hala tuju Malaysia, secara langsung dan tidak langsung turut dipengaruhi oleh polisi-polisi yang diperkenalkan oleh Menteri Kewangan.

Dengan latarbelakangnya dalam bidang Perakaunan, Kewangan, Ekonomi dan Pengurusan serta pengalaman luasnya dalam industri, diharapkan kehebatan beliau ini dapat diterjemahkan ke arah pembangunan negara Malaysia.

Sumber : Tengku Zafrul,https://www.hijabnheels.com, https://iluminasi.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *