KRT Viral

Aku reject 2 laki lepas bertunang sbb ikut pilhan Ibu. Aku ingat ikut pilihan Ibu tu tepat rupanya tidak

Aku Ana , berusia lewat 20-an, bujang dan kini menetap dengan ibu bapa.

Aku sudah bekerja hampir 5 tahun ,sudah memiliki rumah dan berkereta, alhamdulillah rezeki buatku diusia yg muda.

Walaupun begitu, aku masih merasakan kekurangan pada aku iaitu aku masih belum lagi memiliki pasangan.

Aku hampir berputus asa setelah melalui beberapa siri kekecewaan dalam cinta dan bermacam aktiviti aku telah lakukan utk melupakan kesedihan itu dan ianya berkesan walaupun bukan 100%.

Alhamdulillah aku dikelilingi oleh rakan-rakan yang sangat memahami dan juga keluarga terutamanya adik perempuan aku.

Disaat aku mula tanamkan diri aku ini dengan menyatakan aku okey jika hidup bersendiri sebab aku masih punya ibu dan ayah, ayahku menyatakan hasrat untuk menjodohkan aku dengan anak kawannya yg jauh lagi muda dariku. 4 hari aku beristiqarah dan meminta jawapan dariNya.. akhirnya aku bersetuju.

Malam merisik itulah pertama kali kami berjumpa, dan ayahku menyatakan mahu melangsungkan pertunangan sama tarikh dengan adik aku.

Keluarganya sangat excited dan untuk pengetahuan semua, plan jodoh ini datang dari ayahnya dan kalau boleh ayahnya ingin mempercepatkan pertunangan kami.

Selepas dari pertemuan itu, setiap hari kami text, wish morning, nite everyday. Joging bersama .. tgk wayang bersama, hampir 4 kali perjumpaan jugalah sepanjang sebulan setengah kami berkenalan.

Bagi aku, aku membuat keputusan yg benar dengan menerimanya tapi ada sesuatu yg musykil bagi aku iaitu dia tak pernah bercakap soal pertunangan kami walaupun ayah kami masing-masing kerap berjumpa untuk berbincang hal ini.

Sampai adik aku cakap, excited kan? Macam tu perasaan dia dulu, aku senyum je mengiakan. Sampai kekadang aku termenung xpercaya yang aku bakal bertunang .

Sejak jadi tunangan org jugak la aku reject 2 lelaki yang ingin berkenalan dengan ku sbb aku percaya maybe pilihan ibu ayah yang terbaik

“Jom dinner malam ni ” dia text aku pagi tu buatkan aku buat keje tersenyum2 smpai ke petang. Rupanya itulah pengakhiran segala-galanya bila dia kata dia belum bersedia dan minta keluarga aku untuk postpone pertunangan kami.

Dia perlukan masa lagi untuk mengenali aku. Sukar aku untuk gambarkan perasaan aku ketika itu. Makanan yg sedap tu terus jadi tak sedap.

Padahal itu dinner untuk sambutan birthday aku. Sampai betul hati awk kan. Mlm tu lepas balik dinner kami ambil keputusan untuk berterus terang dengan ibu bapa masing-masing.

Khabar dr ayahnya juga tiada itupun ayahku terserempak dengan ayah dia dan ayah aku kata kesal dengan apa yang terjadi. Bukan salah siapa-siapa, aku tak mahu ayahku memusuhi kawannya sendiri disebabkan kami.

Tq Allah kerana menjawab doaku kerana sepanjang mengenali dia, aku xpernah miss untuk melakukan solat istiqarah .

Kebetulan adikku terjumpa tweetnya di Twitter yg dia dalam dilema antara pilihan sendiri atau pilihan ibu bapa. Tarikh tweet masih dalam tarikh perkenalan kami.

Aku kesal kenapa dia tidak berterus terang dengan ayah dia lebih awal sblm datang merisik aku.

Dua bulan aku memulihkan diri dan mcm biasa aku makin okey. Tp nk dijadikan cerita aku teringat balik kisah kami sebab kami terserempak masa mengundi tadi.

Sebab itulah confession ini terhasil.Hanya masing-masing tersenyum mcm tak ada apa-apa yang terjadi antara kami sebelum ini.

Majlis pertunangan adik aku berjalan dengan lancarnya. Aku lah org yang paling sibuk, dan waktu pertunangan tu tak lah se scary yang aku pikir.

Adalah sorang dua makcik-makcik bawang ( aka jiran ) yang kata “adik sudah,awk tu bila lagi” , padahal mak sedara aku cool je,tak pernah gatal mulut.

Aku redha dengan suratan yg telah Engkau coretkan untuk ku. Terima kasih Ya Allah , Kau hadirkan rasa bahagia itu walaupun seketika.

Rasa manjadi bakal tunangan org. Aku masih setia menunggu takdir ku yg terbaik drMu Ya Allah.

Ana

– Ana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *