Tempatan Viral

Kapal Warisan karam di Sabah. Ini kata2 padu Najib Razak selepas menang besar

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan apabila mendahului dengan 37 kerusi berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat 8.50 malam.

Warisan Plus setakat ini cuma memperoleh 20 kerusi.

Jumlah kerusi yang dipertandingkan pada pilihanraya negeri adalah 73.

Ia diadakan berikutan DUN dibubarkan oleh ketua menteri, Shafie Apdal apabila beliau kehilangan majoriti akibat beberapa adun bertukar ke kem Barisan Nasional yang dipimpin oleh Musa Aman.

Berikut pula reaksi dari Najib

“Dengar ada kapal tengah karam malam Ini? Kat mana?”

Dengan kemenangan 37 kerusi, Gabungan Rakyat Sabah (PN + BN + PBS) boleh menubuhkan kerajaan negeri.Berikut kemenangan kerusi mengikut parti (menurut kiraan tidak rasmi). Umno mendahalui dengan 15 kerusi, setakat 9.30 malam.

Kiraan ini akan memainkan peranan dalam pemilihan ketua menteri kelak.

‘Yang Lebih Penting, Warisan Sudah Tumbang’ – Ahmad Maslan

Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan sebentar tadi mengumumkan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membabitkan kerjasama Perikatan Nasional (PN), BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) di 37 kerusi yang ditandingi mereka.

Beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan Warisan secara tidak rasminya telah ‘tumbang’ dan disambut dengan tepukan para hadirin yang berada di bilik operasi gabungan itu.

Secara Tak Rasmi, Kita Akan Ambil Alih Kerajaan Sabah’ – Hamzah

Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin memberitahu pemberita bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membabitkan kerjasama Perikatan Nasional (PN), BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) secara tidak rasmi telah mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan negeri yang baru di Sabah.

Dengan keputusan ini, nampaknya kerajaan pimpinan Muhyddin Yassin masih di terima oleh majoriti rakyat. Pengumuman  Anwar sebelum ini yang mendakwa mempunyai majoriti kukuh, ‘kerajaan Muhyiddin jatuh’ bakal menjadi angan-angan sahaja

Presiden PKR Anwar Ibrahim sebelum ini telah mengumumkan bahawa mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk menubuhkan kerajaan persekutuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *