Baru-baru ini, seorang bekas pesakit COVlD, Tuan Haji Zaini Atan dari kIuster Jemaah TabIigh telah berkongsi pend3ritaan, kes4kitan, perasaan beliau yang ditulis dalam sebuah buku.
Penulisan itu adalah bagi menggambarkan apa yang beliau hadapi sepanjang berada di wad isolasi ho\spital selepas dijemput oleh ambulan di rumah.
Allah masih sayangkan beliau. Dalam keadaan masih trauma, beliau kuatkan diri untuk berkongsi dengan kita semua pengalaman sebenar beliau dari mula dijangkiti virus jahat COVlD sehingga beliau sembuh 100%.
Haji Zaini antaranya telah berkongsi kisah bagaimana layanan baik jiran terhadap keluarganya sepanjang beliau berada di hspital menjalani kuarantin.
” Jiran beri sumbangan. Bungkusan plastik plastik yang berisi brokoli dan beberapa ekor ikan segar digantung di pagar rumah..” tulis Haji Zaini.
Bagaimanapun tidak semua bernasib baik sepertinya.
Menurut Haji Zaini, rakannya yang turut ditahan di wad isolasi menceritakan ahli keluarganya bukan sahaja diabaikan, malah dipandang serong oleh jiran-jiran.
Cikgu Fadli Salleh mengulas tentang perkara itu
Susulan dari kisah Haji Zaini itu, seorang guru yang juga aktivis popular telah menulis tentang pendapat beliau.
Berikut adalah hantaran ditulis Cikgu Mohd Fadli Salleh;
Walau jutaan manusia telah dijangkiti COVlD di seluruh dunia, namun jumlah mangsa di Malaysia masih terkawal. Tahniah frontliner dan rakyat Malaysia. Alhamdulillah.
Tapi ada juga berita sedih. Sisi gelap yang ramai orang tak tahu.
Seorang pesakit COVlD yang sudah sembuh memberitahu ada rakannya di wad hspital menghadapi ujian yang hebat.
” Virus COVlD ni tak sakit, yang sakit adalah hati saya sekarang ni !!”
Mak dia, isteri dia, anak-anak dia telah diabaikan oleh jiran-jiran. Dipulau dan dipandang hina oleh masyarakat.
Kerana apa? Kerana ada ahli keluarga mereka dijangkiti COVlD. Allahu..
Kawan-kawan. Kontak rapat pesakit COVlD perlu kuarantin 14 hari, tak boleh keluar rumah, tak boleh beli barang basah, tak boleh semuanya. Masa ini sangat-sangat perlu bantuan jiran-jiran tapi sebaliknya berlaku.
Mungkin ada antara kita bila dapat tahu ada jiran-jiran kita yang positif COVlD, rasa macam panik. Takut nak dekat. Risau-risau kita pula yang berjangkit. Mereka ini harus dijauhi. Perlu disisihkan. Jangan begitu.
Mereka yang dijangkiti COVlD pun tidak minta jadi begini.
Hari ini hari mereka, esok lusa entah hari kita pula. Bersimpatilah, bantu lah mana yang patut. Mereka tetap manusia.
Saya sendiri sudah pun membacanya. Best, penuh dengan debaran, tauladan, kasih sayang, peringatan, kata nasihat dan tips. Cukup rasa semuanya. Jika ada antara kalian yang nak baca pengalaman dan pelajari sesuatu dari seorang pesakit COVlD, ini memang saya syorkan.
Sumber: FB Mohd Fadli Salleh