Demi menjaga keselamatan penunggang basikal daripada terdedah dengan kemalangan jalan raya, setiap basikal di negara ini perlu didaftar, dilesen dan diletakkan nombor plat pendaftaran sama seperti kenderaan bermotor. Peraturan ketat ini nampak jumud dan tidak masuk akal, namun, ia penting demi melindungi keselamatan pengguna jalan raya. Sehubungan itu, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mengkaji keperluan Basikal perlu lesen, nombor plat
Sejak semalam orang hangat memperkatakan mengenai cadangan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk mengkaji keperluan lesen dan nombor plat untuk basikal di negara ini. Laporan yang dikeluaran akhbar tempatan itu kemudiannya mendapat pelbagai reaksi dari netizen, ahli politik juga jaguh basikal negara, Azizulhasni Awang
Assalamualaikum.
Biarpun isu lesen dan plat tu masih panas, disini saya nak sentuh sedikit isu asas keselamatan bagi kaki basikal di Malaysia.
Ada dikongsikan oleh rakan-rakan dan kaki basikal akan video segelintar mereka yang berkayuh di jalan raya secara sembrono. Ada juga yang melanggar lampu isyarat dan sebagainya.
Disini saya memohon jasa baik kepada semua yang berkayuh basikal, sama ada mereka yang melakukan kayuhan sosial, kayuhan untuk kesihatan mahupun mereka yang berkayuh secara kompetitif,
Tolong patuhi peraturan jalan raya!
Hormati pengguna jalan raya yang lain serta pastikan anda ikuti langkah keselamatan yang sepatutnya.
Di atas jalan raya ni bukan macam main saidina bang. Kalau tersilap boleh repeat balik. Masyaallah, cukuplah dengan apa yang saya lihat dengan mata saya sendiri. Atas jalanraya ni kita silap sikit je, malang bau nya. Saya pernah tegur beberapa kaki basikal muda mudi suatu masa dahulu kerana melihat aksi mereka seperti merempit di atas jalan raya (kayuh macam atuk nenek die punye jalan). Kita rasa kita hebat atas jalanraya tapi kalau kene langgar dengan kenderaan lain macam mana? Harus di ingat, kita ni hanya beroda dua saja, paling berat pun mungkin 100kg je pun jika nak dibandingkan dengan kenderaan lain yang empat tayar dan minimum weight nya adalah 1000kg. Tu belum kira lori, bas dan sebagainya lagi.
Kalau boleh pilih tempat kayuhan yang selamat dan kurang kesesakan kenderaan lain. Apabila berkayuh tu, kalau boleh rapat dengan line jalan, cuba untuk tidak ketepi dan ketengah macam zig-zag. Bila berkayuh dalam group kecil, buat satu line panjang sahaja dan boleh buat swap turn. Begitu juga dengan kayuhan dalam group besar, buat dua line dan cuba untuk rapat dengan bahu jalan. Apabila hendak membelok, pastikan anda memberikan isyarat tangan, sama juga apabila ada lubang atau halangan diatas jalanraya, jangan lupa untuk beri isyarat nanti naya member dekat belakang, tonggang langgang jatuh, bekok cobong muke member nanti.
Kalau bercadang untuk berkayuh dalam group yang besar, adalah lebih baik jika anda ada escort sekurang-kurangnya di belakang. Paling penting sekali, tak kira lah korang tengah cruising ke, tengah high speed ke hatta tengah memecut dan sedang membayangkan korang adalah Peter Sagan tak pun Celeb Ewan, tolonglah berhenti bila lampu merah. Tak rugi satu sen pon kalau timing korang slow ke, tertinggal dari group ke ataupun yang jenis concern data-data powermeter tak pun strava ni ke, yang penting nyawa anda tak melayang.
Yang terakhir, tolong respect pengguna jalan raya yang lain. Mereka bayar cukai jalan dan mereka ada hak yang lebih berbanding kita. Bak kata omputih ‘Treat people the way you want to be treated’. Jangan timbulkan kemarahan pengguna jalan raya yang lain kerana impak die nanti semua orang kena. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Orang kalau dah marah most of the time hilang pertimbangan. Maka perlulah ada integrasi sesama pengguna yang lain seperti mana kita hidup berintegrasi sesama kaum dan bangsa di Malaysia ni. Sekian.
Respect is Earned, Not Given.
“Cadangan Bagus, Tapi Pilihan Terakhir”-Azizul Hasni
Assalamualaikum.
Ramai yang mintak saya komen pasal cadangan basikal perlu lesen dan plat ini. Saya cuba ringkaskan sebaik mungkin kerana kalau nak cerita dengan lebih terperinci mungkin agak panjang huraian dan penjelasannya.
Pertamanya, idea/cadangan ini bagus tetapi bagi saya ianya adalah pilihan yang terakhir kerana ada banyak lagi idea dan cadangan lain yang bagi saya perlu/boleh di aplikasi terlebih dahulu. Nak menjaga keselamatan penunggang basikal yang populasi nya makin bertambah ini, pada cadangan saya adalah
Perlu bincang untuk keluarkan polisi baru
1- Pihak berkuatkuasa perlu duduk berbincang dengan pelbagai pihak untuk hadir dengan satu polisi atau peraturan baru bagi kaki basikal ini. Peraturan yang saya maksudkan disini adalah peraturan ketika berkayuh di lebuh raya, peraturan berkayuh di jalan-jalan kampung, peraturan berkayuh di off-road dan peraturan-peraturan yang bersangkut-paut dengannya. Juga perlu ada sebuah polisi keselamatan integrasi di jalan raya.
Perlu ada kempen cara kayuhan selamant dan betul
2- Perlu ada kempen dan awareness program/projek tentang kayuhan dengan selamat dan betul. Saya pun tak suka bile tengok rakan-rakan cyclist lain yang kayuh macam atuk nenek mereka punya jalan kerana ini membahayakan keselamatan dan boleh menimbulkan kemarahan pengguna jalanraya yang lain. Tapi saya percaya juga kebanyakan dari mereka ini tidak mempunyai pengetahuan asas cara-cara serta peraturan ketika di jalan raya. Maka kita perlulah beri perhatian bab ini. Cadangan ini adalah lebih cost effective berbanding cadangan seterusnya.
Bina litar basikal sendiri
3- Berkayuh di jalan raya bahayakan? Maka boleh difikirkan untuk membina litar basikal dimana hanya peminat sukan berbasikal boleh berkayuh disini tanpa gangguan kenderaan lain. Tak payah pergi jauh, negeri jiran kita, Thailand pun dah lama ada litar basikal ini. Boleh google ‘Skylane Bangkok’, terletak berdekatan Suvarnabhumi Airport, trek berbasikal ini amat popular di bangkok dan mempunyai jarak 23.5km satu pusingan. Kayuh la sampai lebam kat dalam tu. Korea pun dah lama ada trek khas basikal ini dan diorang lagi hebat, trek yang jaraknya nearly 1000km dan menghubungkan dari negeri ke negeri lain. Peminat sukan basikal boleh berkayuh stage by stage ala-ala macam tour de langkawi (touring) dan mereka yang complete total 1000km tu akan dapat certificate.
4- Ada banyak lagi nak tulis tapi fokus yang tiga tu dulu la kot, korang ada nak tambah pape boleh cadangkan di ruangan komen.
Let’s say kita pilih jalan terakhir iaitu aplikasikan lesen dan nombor plat, ini bermaksud penunggang basikal juga akan mempunyai hak yang sama di atas jalan raya. Maka perlu di bina infrastruktur khas kepada penunggang basikal ini seperti laluan khas basikal serta tempat parking basikal di kebanyakkan tempat. Ini kita boleh lihat di beberapa negara Eropah. Seperti negara Holland/Belanda, basikal merupakan antara pengangkutan harian untuk ke tempat kerja, disana ada laluan khas dan tempat parking basikal khas di merata-rata. Di Melbourne,Australia pula mempunyai bike paths/trails yang khas. Anda boleh google Melbourne Bike Grid Map dan tengok sendiri betapa sistematik dan bagaimana ianya bersambung antara satu sama lain dan sangat efektif untuk digunakan. Malah ramai yang memilih untuk berkayuh ke tempat kerja kerana lebih cepat dan meningkatkan tahap kesihatan. Ianya juga menjadi produk pelancongan dimana kita boleh berkayuh sambil menikmati sejarah serta keindahan kota Melbourne.
Saya tak pasti negara mana masih mengenakan plat ini tetapi di Eropah rata-rata sudah tidak digunapakai. Di Poland dikenakan lesen plat selepas World War 2 sehingga lah akhir 1960an. Di Switzerland pula pernah diguna pakai lesen plate yang dipanggil ‘Velovignette’ tetapi sudah diberhentikan pada tahun 2011. Di Jerman juga mereka sudah berhenti lesen plate ini lama dahulu kerana ingin menggalakkan rakyat mereka ‘mengayuhkan kebasikalan’ itu. Di Toronto, Canada ada di bincangkan idea ini pada tahun 1984, 1992 dan terkini 1996 tetapi tidak diterima ramai kerana ianya tidak efektif. Antara beberapa faktor utama ianya ditolak adalah mengenakan lesen dan plat ini tidak mengubah ‘behaviour’ atau perlakuan pengayuh basikal itu dan keduanya menimbulkan kepayahan kepada kanak-kanak yang juga berkayuh ke sekolah (dan sebagainya) dan boleh menghalang minat ke arah aktiviti yang lebih sihat.
Mengenakan lesen dan plat hanyalah akan mengurangkan pengguna basikal. Sekarang ni kita nak galakkan rakyat Malaysia berbasikal sebab boleh melahirkan rakyat yang sehat walafiat, kalau di tackle dengan betul mungkin boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas (kurang pengguna kenderaan), basikal ni pun negara maju lain considered as clean, quiet and green. Lepas tu tak ke berkembang juga ekonomi dari sektor basikal ini? Jual beli barangan basikal dan yang berkaitan, sektor sains sukan, sektor kejurulatihan dan lain-lain.
Andai kata ingin juga aplikasikan lesen dan plat, perlulah ada juga ujian untuk mendapatkan lesen ini, mane boleh bagi lesen suke-suke hati je kan. Jadi perlu di fikirkan pula untuk ada satu sistem seperti pengguna kenderaan yang lain yang perlu menduduki ujian untuk mendapatkan lesen mereka. Dah kalau ada yang tak lepas lesen tu macam mana pulakkan. Banyak yang saya nak huraikan tetapi rasanya cukuplah ringkasan ini sahaja dulu buat masa ini. Kesimpulannya bagi saya adalah jika nak bina bike lane atau laluan khas seperti negara-negara maju lain itu mungkin agak complicated sedikit infact kita sudah cuba dulu dan gagal. Nak bina sebuah infrastruktur khas ini adalah a different level of funding dan memerlukan dana yang besar (kurang sesuai dengan keadaan sekarang-ekonomi kurang stabil) oleh sebab itu bagi saya mungkin buat masa ini kita cuba aplikasikan dahulu point saya 1 dan 2 dahulu (kalau boleh 3 lagi bagus) atau mungkin ada banyak lagi idea-idea bernas dari rakyat Malaysia yang lain sebelum idea lesen dan plat diguna pakai. Atau mungkin juga sudah sampai masanya untuk diberikan pengiktirafan undang-undang (Recognition of Law) kepada pengayuh basikal seperti pengguna-pengguna jalan raya yang lain?
Korang bincangkan
Tidak wajar basikal dilesen, diletakkan nombor plat pendaftaran
Dalam pada itu persatuan Pengguna Kedah (Cake) menganggap cadangan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) supaya basikal didaftar, dilesen dan diletakkan nombor plat pendaftaran ke atas basikal adalah tidak wajar.
Setiausahanya, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, Cake yang memantau suara pengguna mendapati mereka menyatakan cadangan itu tidak munasabah dan tidak berasas walaupun diperkenalkan ke atas basikal yang berkuasa tinggi dan harga mahal.
Menurutnya, berdasarkan sejarah, lesen dan nombor plat pendaftaran ke atas basikal pernah diperkenalkan semasa zaman penjajahan British dahulu, namun kini hendak diwujudkan semula.
“Basikal kini kebanyakan digunakan untuk tujuan riadah, malah ada juga golongan yang berpendapatan rendah dan pihak mempunyai kesedaran alam sekitar menggunakan basikal sebagai pengangkutan utama mereka.
MOHAMAD YUSRIZAL YUSOFF
“Tidak kurang juga ada pelajar yang masih menggunakan basikal untuk ke sekolah.
“Sepatutnya kita menggalakkan penggunaan basikal ini kepada masyarakat kerana ianya bebas karbon dan menyihatkan tubuh badan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan setiap basikal di negara ini perlu didaftar, dilesen dan diletakkan nombor plat pendaftaran sama seperti kenderaan bermotor.
Peraturan ketat ini nampak jumud dan masuk akal namun, ia penting demi melindungi keselamatan pengguna jalan raya.
Sehubungan itu, MIROS sedang mengkaji keperluan berkenaan.
Mohamad Yusrizal menambah, langkah memperkenalkan lesen dan nombor plat pendaftaran itu juga menyebabkan penggunaan basikal akan berkurangan di negara ini.
Sebaliknya, beliau berkata, antara langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan kemalangan jalan raya bagi penggunaan basikal seharusnya pihak berkaitan memikirkan kaedahnya seperti menyediakan lorong basikal.
“Sekiranya ada yang hendak konvoi berbasikal secara berkumpulan, mereka perlu mendapatkan permit daripada pihak berkuasa dan menetapkan garis panduan kepada kumpulan ini untuk keselamatan mereka,” tambahnya. -UTUSAN