Seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman memeluk Islam di pusat dakwah Multiracial Reverted Muslims (MRM) di Wangsa Maju petang semalam
Presiden MRM, Firdaus Wong Wai Hung berkata, pihaknya dihubungi oleh pegawai polis berkenaan yang mahu melafazkan syahadah selepas yakin untuk meninggalkan agama lamanya dan ‘kembali kepada Islam’
“Kami terus ke pejabat untuk membantunya memeluk Islam walaupun cuti umum memandangkan jadual beliau agak padat dan cuti tidak menentu
“Kami di MRM menguruskan proses pemelukan Islam dan terlibat dalam kes-kes dakwah walapun pada cuti umum. Tiada hari tanpa dakwah” katanya dalam kenyataan di Facebooknya semalam
Pada pertemuan itu kata Firdaus, pegawai polis berkenaan menghadiahkan sebuah pendrive berbentuk pist0l sebagai kenangan pengislaman beliau
Berikut status dari Firdaus di facebook milik beliau
“Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Seorang pegawai kanan polis Bukit Aman telah memeluk Islam sebelum Asar tadi di pusat dakwah MRM di Wangsa Maju. Alhamdulilah.
“Kami terus ke pejabat untuk membantunya memeluk Islam walaupun cuti umum memandangkan jadual beliau agak padat dan cuti menentu. Kami di MRM pula menguruskan pemelukan Islam dan bertemu kes-kes dakwah walaupun pada cuti umum. Tiada hari tanpa dakwah.
Pendrive bentuk pistol
“Beliau berikan kepada saya pendrive berbentuk pist0l sebagai hadiah pengIslaman beliau. Welcome back to Islam bro
Beliau berkata, setiap manusia secara fitrahnya di lahirkan sebagai Islam dan hanya mereka yang terpilih sahaja diberikan hidayah daripada Allah untuk kembali kepada agama itu
Rata-rata netizan mendoakan
“Alhamdulillah. Manusia usaha berdakwah. Hidayah milik Allah. Semoga beliau menjadi muslimin yang beriman dan bertaqwa dan semoga keluarganya jugak diberi hidayah menerima Islam as a way of life. Semoga segala usaha MRM di balas dengan segala kebaikan di dunia dan di akhirat nanti.
“Alhamdulillah sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan terima kasih ustaz dan Team MRM atas usha dakwah tanpa kenal jemu dah lelah,kepada yg tak dapat menjalankan kerja2 dakwah hulurkanlah bantuan kepada Team MRM ni
“Alhamdulillah semoga ramai lagi yg memahami dan memeluk islam dengan asbab usaha bro. Dan semoga Allah sentiasa pandu dan pimpin bro dlm menjalankan kerja Nabi saw ini utk trs istiqamah.