Bukit Mertajam: Bapa kepada seorang daripada empat sahabat yang dipercayai l3emas karbon monoksida di stesen minyak di Sama Gagah di Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat sini, menemui kesemua mngsa sudah tidak sedarkan diri dalam kenderaan dinaiki pada pagi hari ini.
Bapa Ayuni Shazwanie Shabri, 21, dikatakan keluar mencari anaknya itu selepas bi1mbang mngsa masih tidak sampai di rumah pada 11 malam selepas menghantar mesej kepada ibunya pada 9.15 malam.
Ketika tiba di stesen minyak berkenaan didapati enjin kereta dinaiki empat sahabat itu masih hid-up dan kesemua mereka sudah tidak se-darkan diri sebelum dia menghubungi petugas peru-batan.
Dalam kejadian pada itu, Sharifah Fariesha Syed Fathi, 21, disahkan meni-nggal dunia di tempat keja-dian, manakala Ayuni Shazwanie men-inggal dunia ketika menerima r4watan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Dua lagi rakannya, Nor Adilah Mohd Safwan dan kembarnya, Nor Aqilah yang berusia 21 tahun kri-tikal dan menerima raw4tan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Mereka dikatakan berhenti rehat di stesen minyak berkenaan sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dan Gurun, Kedah.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, siasatan awal mendapati empat sahabat yang belajar dalam jurusan farmasi di sebuah kolej dalam perjalanan pulang ke rumah mereka selepas pergi ke Pulau Jerejak.
Menurutnya, semakan yang dilakukan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kereta yang dinaiki keempat-empat mngsa masuk ke stesen minyak terbabit pada 8.30 malam.
Katanya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai ma-ti mengejut.
Tips Jika Terpaksa Tidur Kejap Dalam Kereta Sebab Ngantuk.
Susulan kes 2 gadis ma-ut kerana terhidu gas monoksida ketika tidur dalam kereta baru-baru ni, nak share sikit beberapa cara kalau terpaksa juga tidur dalam kereta sebab ngantuk:
1. Flap aircond dibuka bagi pengudaraan angin daripada luar ke dalam kereta berbanding udara aircond terkepam sahaja di dalam kereta (Cara nak buka rujuk gambar sama ada perlu tekan atau pusingkan tombol suis di kereta)
2. Tingkap dibuka sedikit juga bagi pengudaraan angin keluar masuk. (Cara dia buka atau turunkan cermin tingkap sedikit sahaja lebih kurang sebesar 50sen. Kalau besar sangat takut lain pula jadi macam orang boleh masukkan tangan dan sebagainya.
PENTING: Barang peribadi yang penting macam telefon dan beg dompet juga perlu disimpan dalam dashboard atau bawah seat kerusi)
3. Paling selamat sekali matikan je enjin kereta. Tapi tingkap pun mesti buka sikit bagi pengudaraan angin keluar masuk.
Semoga perkongsian ini dapat selamatkan lebih banyak ny4wa inshaAllah. Sebarkan untuk manfaat orang ramai.