Sedikit pengenalan diri, saya Mawar berumur 24 tahun, dan sedang bekerja . Ok tu je pengenalan. Hihihi.
Ye sekarang memang itu je duit yang aku ada sekarang untuk bertahan sehingga 8hb yakni hari gaji den.
Gaji den xde la bosar mano tapi alhamdulillah dapat la bantu adik beradik dan mak den yg lumpuh kat kampung. Jangan tanya pasal ayah sebab nnti akan jadi panjang pulak haaaa.
Setiap bulan aku akan pastikan yang aku dahulukan duit mak dan adik bongsu aku dulu sebab aku yang dah janji dgn adik beradik aku yang lain bahawa aku akan tanggung kos adik bongsu aku belajar (tingkat 4).
Then aku akan wakilkan kawan aku untuk sedekahkan sedikit wang daripada aku kepada orang yang memerlukan.
Lepas dah bayar segala pinjaman belajar, bil air & lektrik dan beli segala kelengkapan dapur ( sebenarnya x lengkap pun) hihihi. Last sekali , kalau ada lebih adalah untuk aku belanja harian.
Macam mana aku tahan lapar?
Jawapan dengan bercakap pada diri sendiri ” kau dah guna duit kau sebaik mungkin, Apa yang ada sekarang ni, itulah rezeki kau. Jangan nak demand makan sedap-sedap, gaji kau lambat lagi.
Bukannya kau x pernah berlapar satu hari dan duit kau ada rm1 je. Kau kene pilih samada beli roti atau simpan untuk kegunaan esok (esok jadi rm2)”.
Kejam kan!. Yes itulah aku.
Aku rasa aku dah banyak melencong dari hal yang sebenar. Hahaha korang oun mesti dah baca kan. Hihihihihi.
Rm 17 dalm masa 6 hari. Sehari aku kene belanja lebih kurang rm 2.50 SAHAJA. Cukup lah untuk cover perut aku yang dari pagi sampai pukul 4 petang. Dapatlah aku ganti puasa mana yang x terganti lagi dulu dulu punya.
Makan? Ofkos la aku akan masak je. Sebenar nasi putih tu boleh macam macam perasa tau. Boleh jadi nasi goreng nasi, gorwng campur megi, nasi sup, bubur dan sebagainya. hihihihi. Almaklum la hidup bujang. Jangan nak membingak cakap dh x tau nk makan ape.
Kepada sisturrr dan bro bro sekalian, doakan lah aku dimurahkan rezeki untuk bulan bulan akan datang sebab dah nak puasa pastu raya.
Baju raya mak n adik pun aku x prepare lagi ni. Tapi x pe, aku percaya janji Allah. Doakan aku kuat untuk teruskan kehidupan sepertia biasa ye. Hahahaha. Malu pulak rasa.
Haaa, lupa oulak nak pesan, jangan lupa balik mengundi ye. Aku ni pun balik mengundi nun jauh di pantai timor tau. Kita selamatkan negara kita sesama ye.
Yang benar
Chada ensem kacak macho lagi bergaya.
*Garu gigi
– chada