Seorang Pesuruhjaya Sumpah bukan sahaja mengalami kemurungan, malah mengalami gangguan emosi akibat menjadi mangsa buli di media sosial yang menghina bentuk fizikal (body shaming) oleh personaliti media sosial, bulan lalu.
Suharnizan Md. Sidek, 37, berkata, cacian dan makian yang didakwa dilakukan personaliti terlibat iaitu Noorazira Pissal menerusi Facebook secara langsung telah menyentuh rupa fizikalnya.
“Malah wanita itu juga memaparkan beberapa gambar saya dan anak-anak tanpa kebenaran di Facebook Live yang ditonton oleh ramai pengikutnya sekali gus memberi kesan mendalam kepada kami.
“Walaupun perkara itu terjadi hampir sebulan, namun terdapat akaun media sosial lain yang memuat video itu semula sekali gus mencetuskan suasana tidak selesa kepada kami sekeluarga sehingga kini,” katanya.
Terd4hulu, Suh4rniz4n deng4n ditem4ni pegu4mny4, Mohd. R4sheed H4ss4n membu4t l4por4n polis di Ibu Pej4b4t Polis D4er4h (IPD) Johor B4hru Sel4t4n berhubung perbu4t4n w4nit4 itu.
D4l4m p4d4 itu, Suh4rniz4n berk4t4, kej4di4n itu berl4ku selep4s di4 meningg4lk4n s4tu komen ketik4 w4nit4 berken44n mel4kuk4n F4cebook Live p4d4 pukul 10 p4gi, 18 Ogos l4lu.
Suharnizan bersama dua peguamnya, Mohd. Rasheed (kanan) dan Zulkafli Mohd. Nor (kiri) selepas selesai membuat laporan polis di IPD Johor Bahru Selatan hari ini.
Katanya lagi, tanpa disedari Noorazira telah membalas komen itu secara langsung di akaun Facebook milik personaliti berkenaan yang berbaur ‘body shaming’.
“Oleh itu, saya telah mendapatkan nasihat peguam untuk meminta untuk membuat tuntutan sivil kepada Noorazira,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd. Rasheed berkata, pihaknya telah menghantar notis tuntutan sivil kepada personaliti terlibat pada hari ini.
Tuntutan yang dibuat
Beliau berkata, antara tuntutan itu adalah Noorazira diminta untuk meminta maaf secara terbuka dan membayar kos pampasan serta ganti rugi dalam tempoh 14 hari.
“Jika dia gagal berbuat demikian, kita akan membawa kes ini untuk tindakan saman di mahkamah,” katanya.
Mohd. Rasheed juga meminta Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat perbuatan itu kerana body shaming boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dihukum penjara dalam tempoh tidak melebihi satu tahun, denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Sebelum itu Eira Aziera telah buat permohonan maaf secara terbuka kepada Restoren 35 dan Suharnizan Md. Sidek
Sumber Epul Sohor/Kosmo