Selalu kita dengar rezeki kita ditangan Allah SWT sahaja dan bukan di tangan orang lain. Selagi kita ada usaha dan apa kita buat ikhlas dan jujur, insyallah Allah akan bantu terutama dalam bidang perniagaan.
Semalam heboh 1 malaysia terutama untuk penduduk negeri Melaka tentang viral video seorang influencer dikatakan dimaki oleh seorang pemilik restoren popular di Melaka yang bernama Restoren 35.
Restoren 35 bukan calang calang sebenarnya dan tidak dinafikan menu lauk pauk yang disajikan seperti masakan dari air tangan kita sendiri. Ini yang telah dikongsikan oleh bukan seorang dua tetapi ramai pelanggan yang telah menjamu selera disitu.
Jadi apa terjadi selepas viral? Selalu kalau viral sudah pasti akan menarik minat sesorang untuk merasai adakah benar apa yang telah diperkatakan.
Seorang pengguna Facebook bernama Halimatussaadiah Salleh telah memuat naik 1 status berserta gambar Restoren 35 hari ini dan apa yang terjadi amat mengejutkan.
“Antara asam pedas dan bahasa yang pedas, 12 September 2020 Restoran 35
Kami sekeluarga memang suka makan tengahari di sini. Asam pedasnya memang sesedap rasa
Pekena sambal belacan mangga dengan ulam-ulaman dan ikan masin memang hilang stres.
Biasalah sesekali tokeh kedai keluarkan bahasa anak jati Melaka. Bagi pelanggan biasa macam kami
Macam dengar makcik-makcik sembang-sembang sementara menunggu padi di jemuran. Kasar-kasar orang Melaka dalam hati ada taman”
Tengok pada gambar yang telah dikongsikan oleh beliau, betul betul menaikkan selera pada siapa yang melihatnya.
Bukti viral sudah ada apabila orang ramai mula menyerbu Restoren 35.
BERATUR SAMPAI KE LUAR
Antara komen netizen
Individu bernama Eryzal Edry mengikut saranan Eira Aziera dan melihat kembali LIVE tersebut dan ini komen beliau.
Kawan² aku tag dekat aku video ni dari semalam.. suruh tengok video ni.. tapi malam ni baru sempat tengok.
Masa tengah tengok video ni, aku ada dengar tuan video sendiri cakap minta netizen ulang tengok balik video dia dan minta untuk menilai..
Pengajaran dan Peringatan yang dapat hasil dari tengok video ni.. bila satu tahap kita dah berada diatas, bersikap lah merendah diri walaupun dah pusing satu malaysia.. jangan sombong jangan ego sampai buat diri rasa tercabar kalau kena tegur..
Bila kita rasa diri kita hebat dan follower ramai.. kita lah yang akan rasa kita sentiasa betul. sampaikan melalui reaksi balas kita sendiri pun tak menjadikan kita betul.
kedudukan atau apa yang dimiliki sekarang bukan nya boleh berkekalan pun. dan siapalah kita boleh tau bila ajal seseorang.
Sumber : Facebook Halimatussaadiah Salleh
Artikel : AwattSyeikhh Network
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!