Hiburan Tempatan

Tidak sedarkan diri selepas kemalangan, Penyanyi Sandra meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Sandra Dianne yang tidak sedarkan diri selepas terbabit dalam kemalangan, Sabtu lalu, meninggal dunia di Hospital Putrajaya, awal pagi tadi.

Pemergian Sandra, 26, yang juga salah seorang peserta program realiti Big Stage 2020, dimaklumkan penyanyi berasal dari Singapura, Sufie Rashid melalui entri di Instagram, kira-kira jam 1.20 pagi.

Selepas hampir seminggu tidak sedarkan diri, Sandra meninggal dunia di unit rawatan rapi, Hospital Putrajaya, awal pagi tadi. Foto NSTP
Sufie menulis:

“Assalamualaikum semua, minta sedekahkan al-Fatihah untuk Sandra yang telah meninggalkan kita.

“Selamat pulang ke Rahmatullah sahabatku. You’re a good friend with a beautiful heart (anda sahabat yang baik dan berhati mulia).


Sufie berkongsi berita sedih pemergian sahabatnya, Sandra di Instagram. Foto IG Sufie Rashid
“Terima kasih sebab beri saya peluang untuk satu pentas dengan awak. Semoga awak tenang di sana… Innalillahiwainnailaihirojiun.”

Sabtu lalu, Allahyarham Sandra yang popular dengan lagu Hey! Kau terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan mengikuti latihan konsert minggu keempat Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dayang Sempat Melawat

Sebelum ino Dayang Nurfaizah terkejut dan sedih sebaik mendapat tahu kemalangan menimpa penyanyi itu.

Dayang berharap dapat melawat Sandra, namun, memahami keadaan bekas anak didiknya itu sekarang, niat itu tidak mampu ditunaikan.

Dayang ketika menjadi mentor Sandra dan Azmil pada program realiti, Mentor Legend 2014. Foto Arkib NSTP

“Sebaik mendapat berita mengenai Sandra, saya seperti tidak percaya. Saya sentiasa mendoakan mudah-mudahan dia cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.

Dayang berharap keluarga Sandra tabah dan kuat berdepan dugaan apabila penyanyi itu ditimpa kemalangan, Sabtu lalu. Foto IG Dayang Nurfaizah
Dayang berharap keluarga Sandra tabah dan kuat berdepan dugaan apabila penyanyi itu ditimpa kemalangan, Sabtu lalu. Foto IG Dayang Nurfaizah
“Saya bersimpati dengan keluarga Sandra dan berharap mereka terus kuat,” katanya kepada BH Online.

Sabtu lalu, Sandra ditimpa kemalangan ketika dalam perjalanan mengikuti latihan program realiti, Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Dalam insiden itu, Sandra bersama seorang lagi penumpang dipercayai sepupunya, dalam perjalanan ke PICC bagi menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *